Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Artikel

Sekularisme dan Umat Islam

Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas di dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, perkataan sekular itu berasal dari perkataan Latin iaitu saeculum yang bermaksud time (masa) dan location (tempat atau kedudukan) di mana masa itu berlaku iaitu bermaksud masakini, kenyataan masa sekarang di dunia ini. Jadi, faham sekular menurut al-Attas merujuk dan bermaksud ‘kedisinikinian’. Justeru, menurut Ugi Suharto (2002) perkataan yang paling tepat jika sekularisme ingin diterjemahkan dalam bahasa Arab, terjemahan harfiah yang paling tepat ialah hunalaniyyah berasaskan dua patah perkataan; huna yang bermaksud di sini dan al-An yang bermaksud kini. Hunalaniyyah adalah faham ‘kedisinikinian’ yang tergambar di dalam perkataan secularism . Dapat difahami daripada definisi yang didatangkan al-Attas bahawa fahaman sekular sudah mempunyai bibit kefahaman iaitu perubahan dan keduniaan; perubahan yang sentiasa berlaku kepada dunia dan dalam dunia. Ini membayangkan bahawa perubahan yang dimaksudkan...

Imam al-Ghazali dan Falsafah

Imej
PENGLIBATAN IMAM AL-GHAZALI DALAM FALSAFAH Menurut Azizah Zakaria (2004), kepakaran al-Ghazali dalam bidang falsafah adalah dalam konteks benar-benar menepati makna ilmu falsafah itu sendiri iaitu ilmu pengetahuan yang mencari hakikat segala yang ada atau seperti definisi yang diberikan oleh al-Farabi iaitu falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenar. Bahkan menurut beliau, al-Ghazali sendiri secara jujur mengakui bahawa telah menjadi kedahagaannya sejak dari usia remaja untuk mengkaji hakikat ilmu pengetahuan dan beliau telah berusaha dengan segala keupanyaan untuk mencapai matlamatnya itu demi mencapai kedudukan di puncak kebenaran dan ‘ilm al-Yaqin, oleh itu beliau secara ekstrem menolak amalan taklid. Menurut Azizah Zakaria (2004) lagi, kepakaran al-Ghazali dalam bidang falsafah telah memaksa beliau untuk mengkritik dan membongkar kelemahan dan kerosakan pemikiran ahli-ahli falsafah serta teori-teori mereka yang bertentanga...

TINGGALKAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

Imej
Sabda Rasulullah ﷺ : عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله ﷺ : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ Maksunya : Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه beliau berkata, sabda Rasulullah ﷺ , antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya). (Riwayat al-Tirmidzi no. 2318, hadith Hasan) Amat malang umat Islam pada hari ini apabila mereka mengabaikan perkara ini iaitu meninggalkan perkara yang tidak mendatang sebarang manfaat atau faedah terhadap imannya. Al-Syahid Syeikh Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti رحمه الله pernah menceritakan beberapa kisah yang berlaku kepada dirinya untuk dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua. Kisah Pertama Seorang lelaki pernah datang kepadanya lalu berkata: “Aku ingin bertanya empat soalan!” Beliau menjawab, “Silakan.” Lalu dia bertanya, “Soalan pertama, siapakah orang pertama yang melakukan tawaf meng...

Black Zetsu : Umpama iblis yang menyesatkan

Imej
Black Zetsu sepertimana kita tahu merupakan watak villain dalam 'Naruto Shippuden' yang memainkan sebagai watak utama dalam pencetusan Perang Ninja ke-4. Masa yang diambil oleh Black Zetsu untuk mencetuskan perang ini mengambil masa ratusan tahun lamanya. Rancangan ini bermula apabila Kaguya yang merupakan perintis kepada dunia Shinobi dikalahkan oleh dua anak mereka sendiri iatu Hagoromo yang dikenali sebagai 'God of Shinobi' dan adiknya, Homura. Selepas Kaguya ditewaskan oleh anaknya disebabkan sikapnya yang memanipulasi manusia, Kaguya sempat melahirkan anaknya yang dikenali sebagai 'Black Zetsu' tanpa disedari oleh Hagoromo dan Homura. Kelahiran Black Zetsu ini adalah untuk memastikan Kaguya boleh dihidupkan kembali. Rancangan Black Zetsu untuk menghidupkan kembali ibunya bermula dengan menghasut anak sulung Hagoromo iatu Indra yang mana memiliki mata Sharingan. Black Zetsu memanipulasikan Indra supaya dialah yang berhak menjadi pewaris God of Shinobi . Na...

Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Kerajaan Melayu

Imej
  Ada dua wanita dari Kerajaan Uthmaniyyah yang dihantar ke kerajaan Melayu untuk menjalinkan hubungan diplomatik ialah Khadijah Hanum dan Ruqayyah Hanum. Khadijah Hanum berkahwin dengan Sultan Abu Bakar bin Temenggong Daeng Ibrahim dari Johor manakala Ruqayyah Hanum berkahwin dengan adiknya Sultan, Engku Abdul Majid bin Temenggong Daeng Ibrahim. Peranan Ruqayyah Hanum lebih besar, kerana beliau berkahwin 3 kali. Selepas Engku Abdul Majid beliau berkahwin dengan Menteri Besar pertama Johor iaitu Dato' Jaafar Muhammad, dan kemudian dengan seorang usahawan berjaya Syed Abdullah al-Attas. Hasil dari perkahwinan dengan Engku Abdul Majid muncul dari keturunannya, individu-individu seperti seorang ilmuan Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abd Majid (28 Januari 1922 - 15 Disember 2020) dan anaknya Tan Sri Dr Zeti Ungku Abd Aziz yang merupakan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia. Manakala hasil perkahwinan bersama Syed Abdullah al-Attas pula munculnya dari keturunannya ilmuan-ilmua...

Muhasabah Pasca Ramadhan

Khutbah Jumaat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Muhasabah Diakhir Ramadhan 1 Julai 2016 Wahai hamba-hamba Allah bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala laranganNYA carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (untuk dunia sehingga akhirat) ialah bertaqwa. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Kita sudah berada pada penghujung Bulan Ramadhan pada bahagian yang terakhir mengikut pembahagian yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W: (maksudnya): "Ramadhan adalah bulan yang permulaanya rahmat, pertengahanya rahmat dan penutupnya dimerdekakan daripada api neraka." Apakah kita benar-benar dapat memerdekakan diri kita daripada api neraka? Mengikut ketetapan Allah S.W.T adalah mengikut sejauh mana kita dapat membina jati diri dan keperibadian kita menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah S.W.T yang menjadi tujuan penting daripada i...

Wabak Akhir Zaman, Hilangnya Keyakinan Terhadap Syariat Allah

Imej
  Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam mutakhir ini ialah hilangnya keyakinan terhadap hukum Allah. Adalah satu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam, tidak yakin kepada hukum Allah, kerana ia bermakna juga tidak yakin kepada Allah dan tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w sebagai pembawa dasar perundangan Ilahi. Tidak terkumpul di dalam hati orang yang beriman dengan keraguan dan syak terhadap ajaran Islam kerana kesangsian kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada hukum itu adalah perkara yang boleh merosakkan dan membatalkan iman. Firman Allah dalam ayat 65 surah an-Nisa': فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dala...

Sifat dan perjuangan Jamaah Islam

Jamaah Islam mestilah mempunyai sifat takwa kepada Allah dan menggerakkan agenda dakwah dengan melaksanakan amar makruf nahi munkar, demikian menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Jelas beliau, seruan kebajikan oleh Jamaah Islam adalah melaksanakan seluruh ajaran Islam melibatkan hubungan diri manusia, keluarga dan masyarakat, negara dan seluruh alam dengan Allah SWT. “Kalau ada kumpulan Islam yang bergerak dalam satu bidang sahaja. Buat pendidikan, atau ekonomi ataupun politik sahaja, dakwah sahaja, mengajak orang masuk Islam, lepas itu diam. Itu tak memenuhi ciri kepada Jamaah Islam. “Kena Islam kesemuanya, jangan sebahagian. Jangan dikerat-kerat. Ambil semuanya yang diajar oleh al-Quranul karim. Ditafsirkan secara praktikal oleh sirah nabawi,” terang beliau pada Seminar Fiqh Jamaah di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm), di sini baru- baru ini. Usaha itu katanya, bermula darip...

Bahaya Aids Al-Haraki Dalam Gerakan Islam

Imej
Bahaya Aids Al-Haraki Dalam Gerakan Islam SUATU PERINGATAN DARI USTAZ FATHI YAKAN (Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini) Disediakan oleh: Akhukum fiLlah, Ahmad Akhyari bin Ismail Az-Zahawiee UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta Muqaddimah Seorang mujahid dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia. Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau: Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah AIDS Haraki) . Wa Zakkir Fa inna az-Zikra tanfa’ul mu’minin. Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan ...