Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tazkirah

Duduk dalam majlis zikir

Imej
"Jika kamu menghadiri majlis zikir, lalu kembali melakukan pelanggaran  atau kelalaian dan dosa, jangan kemudian  kamu berkata, "Apa gunanya hadir?"  Namun, tetaplah hadir!  Selama empat puluh tahun kamu  mengidap penyakit (dosa) lalu kamu  berfikir penyakitmu itu akan hilang dalam sekejap atau satu hari saja?  Orang yang melakukan maksiat lalu  dia tenggelam dalam sesuatu yang haram, nescaya dia tidak akan dapat membersihkannya sekalipun menyelam tujuh lautan jika belum bertaubat kepada Allah." Ibnu Athaillah al-Sakandari صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

Muhasabah: Pecutan Terakhir Ramadhan 1437H

Imej
Bismillahirrahmanirrahim...  Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad... Segala pujia hanyasanya layak dipanjatkan untuk Allah Yang Maha Esa. Sudah lama tidak meninta di laman ini yang semakin lama semakin berhabuk nampaknya. Di sebalik kesibukan rutin seharian, menyebabkan masa untuk menghadap dan meninta sesuatu di laman ini menjadi terhad.  Alhamdulillah, saat ketika ini telah masuk malam ke-24 bulan Ramadhan. Kini telah pun berada dalam fasa ketiga dan terakhir di dalam bulan Ramadhan iaitu fasa 'Pembebasan Daripada Api Neraka' sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Nabi ShaLlahu 'Alaihi wa Sallam. Maka, sayugianya adalah sangat digalakkan kepada kita untuk sentiasa bermuhasabah berkenaan amalan seharian kita sepanjang kita melalui madrasah tarbiyah Ramadhan ini. Meminjam kata-kata Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab Radhiyallahu Ta'ala 'Anhu: 'Hisablah diri kamu (ketika di dunia ini) sebelum kamu dihisab di hari Penghisaban (iaitu di Ak...

Penyelamat daripada Azab Kubur

Imej
Penyelamat daripada Azab Kubur 1-     Saidina Anas Radhiyallahu ‘Anhu melaporkan bahawa Rasulullah ShallaLlahu ‘Alihi wa Sallam bersabda: “Ada orang yang meninggal dunia dan dia tidak pernah membaca al-Quran selain surah Tabaraka. Setelah diletakkan di dalam kubur, malaikat datang kepadanya. Surah itu menjadi marah maka malaikat mengatakan kepadanya, ‘Kamu adalah salah satu bahagian daripada yitab Allah dan saya tidak mahu menyakitimu, sedangkan saya sendiri tidak mempunyai kuasa memberi manfaat ataupun mudarat kepadamu, kepadanya, bahkan kepada diriku. Apabila kamu mahu dia tidak diseksa, pergilah menghadap Allah Subhanahu wa Ta’ala dan mohonkanlah syafaat untuknya.’ Maka dia pun pergi menghadap Allah Subhanahu wa Ta’ala dan berkata, ‘Wahai Tuhanku, antara surah dalam kitab-Mu si fulan sengaja memilih aku; dia mempelajari dan membacaku. Apakah setelah itu Engkau membakarnya dengan api dan menyeksanya, sedangkan aku berada di dalam tubuhnya? Sekiran...

Kisah Tak Kenang Budi

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man Ramai yang terkejut dengan sikap tidak mengenang budi sesetengah pihak, walhal perkara ini ada disebut di dalam al-Quran: “Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.” (Surah Yunus : ayat 12) Ketika beramal, usahlah mengharapkan orang yang dibantu kita akan mengenang budi atau berterima kasih kepada kita. Semasa beramal, buangkan harapan bahawa orang yang menerima bantuan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bahawa kita pernah membantunya. Jangan sesekali mengharapkan bala...