Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dakwah

MAJLIS ILMU D'PERLIS

Imej
BERIKUT MERUPAKAN SENARAI PENGAJIAN /MAJLIS ILMU D'PERLIS 1) ISNIN 25/8 | Majlis Ta'lim Rasulullah SAW@Surau Beseri Dalam | Ustaz Akmal Yahya (MATIN) | mula jam 7.30 malam 2) RABU 27/8 | Kitab Hadis 40 Imam Nawawi | Ustaz Yussaine Yahya | di Surau Taman Jali | mula jam 7.30 malam 3) JUMAAT 29/8 | Kuliah Maghrib Tadabbur Al-Quran | Ustaz Hanif Haron (Mudir Ma'had Darul Hadis P. Pinang) | di MATIN | mula jam 7.30 malam | Bawa Al-Qur an terjemahan 4) SABTU 30/8 | Kuliah Maghrib Perdana | Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official) |di MATIN | mula jam 7.30 malam 5) AHAD 31/8 | Kuliah Maghrib Perdana | Ustaz Subri Arshad (Mudir Ma'had Ad-Dakwah P. Pinang) | di MATIN | mula jam 7.30 malam PROGRAM KHAS D'MATIN 1) KHAMIS-JUMAAT 28-29/8 | Pengajian Teknik Dakwah Wali Songo | Ustaz Nazrul Nasir | Dewan Talaqqi MATIN | mula jam 7.30 malam | TERBUKA UNTUK ANAK MUDA, PEMUDA PEMUDI, MAHASISWA/WI, LELAKI/PEREMPUAN 2) SABTU-AHAD 30-31/8 | Daurah Ilm...

[ISU SEMASA] MENJAWAB TOHMAHAN PAK WAHABI

Imej
Menjawab Persoalan yang dimainkan oleh Pak Wahabi yang menghentam Ustaz Mohd Nazrul Bin Abd Nasir (Gambar : Ustaz  Mohd Nazrul bin Abd Nasir al-Azhariy di Kaki Bukit Uhud tempat di mana Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi wa Sallam bersandar ketika luka dalam peperangan Uhud) Apakah contoh-contoh Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi wa Sallam dan para sahabat Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi wa Sallam pernah singgah dan melaksanakan amalan berbentuk ibadah di tempat sejarah peninggalan para Rasul ?  PERTAMA : Hadith Anas bin Malik radiyaLlahu 'anhu  Dari Saidina Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu bahawa Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Aku dibawa haiwan lebih besar dari keldai dan lebih kecil dari baghal. Langkahnya sejauh pandangannya. Lalu aku menaikinya. Dan Jibril 'alaihissalam menyertaiku. Lalu aku berangkat. Lalu Jibril berkata "TURUNLAH DAN LAKUKAN SOLAT". Lalu aku melakukannya. Ia berkata: "Tahukah kamu, di ma...

MAJLIS MAWLID D'MATIN 1435 HIJRAH

Imej
PROGRAM ILMU SEMPENA BULAN MAWLID NABAWIY DI MATIN 1] SELASA | 5 RABI'UL AWWAL | 7 Jan | 7.30 malam | Tafaqquh Kitab Qatrul Ghaisiyah bersama Baba Khairul Anuar Syafie (Mudir Pondok Gajah Teriak, Jitra). 2] JUMAAT | 8 RABI'UL AWWAL | 10 Jan | 5.00 petang | Kuliah KHAS Muslimah bersama Ustazah Rokiah Abd Latif. 3] JUMAAT | 8 RABI'UL AWWAL | 10 Jan | 7.30 malam | MALAM GEMA SELAWAT bersama Al-Habib Ali Bin Abu Bakar Bin Syeikh Abu Bakar bin Salim (Kota Tareem, Hadramaut, Yaman). 4] SABTU | 9 RABI'UL AWWAL | 11 Jan | 7.30 malam | Kuliah Maghrib Kitab Mustika Hadis bersama Ustaz Abdul Halim Nasir. 5] AHAD | 10 RABI'UL AWWAL | 12 Jan | 7.30 malam | Pengajian Kitab Penawar Bagi Hati bersama Ustaz Yussaine Yahya. 6] SELASA | 12 RABI'UL AWWAL | 14 Jan | 9.00 pagi | Himpunan Cinta Rasul sempena Maulidul Rasul bersama Ustaz Zulikifli Suhaimi Asy-Syatirie (Mudir Ma'had Asy-Syatirie, Pondok Sungai Dedap Yan, Kedah).

Ucapan Dasar YDP PGPI 2011/2012

Imej
UCAPAN DASAR YANG DI-PERTUA  PERSATUAN GURU PELATIH ISLAM (PGPI) IPG KAMPUS PERLIS SESI 2011/2012 بسم الله الرّحمن الرّحيم السّلام عليكم ورحمة الله وبركته أن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره , ونعوذ بالله من شروو أنفسنا ومن سيّئات أعمالنا , من يهده الله فلا مضلّ له , ومن يضلل فلا هادي له , وأشهد أن لا أله ألا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن سيّدنا محمّدا عبده ورسوله . أّللَّهُمَّ صِلِّ وَ سَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأُنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْن , وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين , وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ أِلَى يَوْمِ الدِّين, Terima kasih kepada saudara Pengerusi Tetap, Yang Berbahagia Sohibul Fadhilah Penasihat Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI), Yang Dihormati saff kepimpinan PGPI sesi 2011/2012, Yang Berusaha AJK pelaksana Mesyuarat Agung Kali Pertama, Yang diraikan Dif-dif Kehormat dan para tetamu jemputan, Yang Dihormati para perwakilan dan pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Pertama-tamanya, puji-pujian bagi Alla...

Lorong Haji Taib

Imej
  (Dr Siti Mariah... Pelopor bantuan untuk golongan gelandangan  bersama rakannya Allahyarham Dr Lo' Lo')   KUALA LUMPUR: Sebut sahaja Lorong Haji Taib orang akan mengaitkannya dengan ‘lorong mati’ kerana di sinilah destinasi pekerjapekerja seks murahan mencari nafkah untuk menyara hidup. Menyelusuri kawasan di lorong itu cukup menakutkan terutama di waktu malam. Bermula jam 9 pagi hingga dinihari kelihatan pekerja-pekerja seks berada di tepi jalan  mencari pelanggan. Di lorong ini juga menjadi ‘syurga’ golongan gelandangan. Suasana kehidupan mereka suram walaupun tinggal di ibu kota yang gah dengan bangunan mencakar langit. Jauh di sudut hati mereka, pembangunan dan kemajuan yang menjadi kebanggaan negara itu langsung tidak dikecapi. Setiap tahun menjelang Ramadhan. Dewan Muslimat PAS membantu golongan ini. Tahun ini, ia akan dilakukan lagi dengan bantuan pembaca semua. Anda boleh menyumbang untuk menjayakan program ini dengan menyalurkanny...

Pertarungan Pemikiran di kalangan Umat Islam

Imej
Medan pertarungan pemikiran terjadi pada dua tempat: PERTAMA: Di luar kalangan umat Islam iaitu dengan kelompok mulhidin (kuffar), penginjil-penginjil (missionari) dan kaum orientalis yang sedang melancarakan serangan terhadap Islam sama ada dari segi Aqidah, Syariat, Ilmu-ilmu warisan Islam dan peradabannya. Mereka selalu siap sedia melancarakan serangan terhadap setiap jenis kebangkitan  atau kesedaran umat yang diilhami Islam di mana sahaja dan pada bila-bila masa. KEDUA: Di tengah-tengah umat Islam sendiri, yang dimaksudkan  untuk meluruskan arah perjuangan Islam dan memperbetulkan semula beberapa aspek pemikiran dan persepsi yang salah dan bengkok, sehingga perjuangan Islam dapat berjalan lurus dan dengan tujuan yang benar.   Dalam perbincangan selanjutnya kita hanya akan membatasi diri dengan bahagian yang kedua ini, kerana pembetulan yang dilakukan dari dalam adalah merupakan asas kerja dan mesti diberikan keutamaan. Seperti telah kita ketahu...

Setia dan Cinta Menuju Allah

Imej
Subhanallah... Pasangan suami isteri di atas menyimpan wang sejak 70 tahun yang lalu untuk menunaikan haji. Allah memberi taufiq kepada mereka pada musim haji tahun lepas. Si suami berjanji ketika menikahi isterinya 70 tahun yang lalu untuk membawa si isteri menunaikan haji. Sekarang mereka berusia 90-an. Semenjak itu mereka menabung sehingga tercapai hajat perjalanan menunaikan rukun Islam ke-5 baru-baru ini. Mereka pasangan warga emas dari Kashmir. Setia dan cinta menuju Allah. ~Bercinta Sampai Ke Syurga~

Tiga Ulama' yang sangat dicintai

Imej
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Al-'Alim Al-'Allamah Al-Mufassir Dr Syeikh Muhammad Ali As-Soubuni Hafizohullah bersama, Syeikh Samir Saqqa, Dai'e Sejuta Ummah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Muhammad Nazmi, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang Al-Aydrus dan beberapa lagi asatizah yang bersama-sama duduk dalam majlis yang penuh barakah itu.    Seronok melihat Syeikhuna senyum dan lebih lebar senyuman beliau apabila Ustaz Muhammad Nazmi menterjemahkan lagi ulasan murabbi UAI.    Tiga Ulama' yang sangat dicintai oleh Ummatnya. ^_^ Kami sayang Ulama'. 1. Ust Azhar Idrus 2. Syeikh Muhammad Ali As-Soubuni 3. Syeikh Samir Saqqa 4. YB Hj. Yaakop bin Sapari 5. Ust Mohammad Nazmi bin Abdul Karim Terserlah kegembiraan para masyaiekh, Ustaz-ustaz, Pendakwah -pendakwah menyebarkan ILMU yang ditinggalkan oleh RASULULLAH ShallaLlahu 'Alaihi Wasallam... ~Ulama' adalah pewaris para Nabi~ Allah... Allah... Allah.. Allah.. 1. Ust A...