Catatan

Sekularisme dan Umat Islam

Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas di dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, perkataan sekular itu berasal dari perkataan Latin iaitu saeculum yang bermaksud time (masa) dan location (tempat atau kedudukan) di mana masa itu berlaku iaitu bermaksud masakini, kenyataan masa sekarang di dunia ini. Jadi, faham sekular menurut al-Attas merujuk dan bermaksud ‘kedisinikinian’. Justeru, menurut Ugi Suharto (2002) perkataan yang paling tepat jika sekularisme ingin diterjemahkan dalam bahasa Arab, terjemahan harfiah yang paling tepat ialah hunalaniyyah berasaskan dua patah perkataan; huna yang bermaksud di sini dan al-An yang bermaksud kini. Hunalaniyyah adalah faham ‘kedisinikinian’ yang tergambar di dalam perkataan secularism . Dapat difahami daripada definisi yang didatangkan al-Attas bahawa fahaman sekular sudah mempunyai bibit kefahaman iaitu perubahan dan keduniaan; perubahan yang sentiasa berlaku kepada dunia dan dalam dunia. Ini membayangkan bahawa perubahan yang dimaksudkan...

Imam al-Ghazali dan Falsafah

Imej
PENGLIBATAN IMAM AL-GHAZALI DALAM FALSAFAH Menurut Azizah Zakaria (2004), kepakaran al-Ghazali dalam bidang falsafah adalah dalam konteks benar-benar menepati makna ilmu falsafah itu sendiri iaitu ilmu pengetahuan yang mencari hakikat segala yang ada atau seperti definisi yang diberikan oleh al-Farabi iaitu falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenar. Bahkan menurut beliau, al-Ghazali sendiri secara jujur mengakui bahawa telah menjadi kedahagaannya sejak dari usia remaja untuk mengkaji hakikat ilmu pengetahuan dan beliau telah berusaha dengan segala keupanyaan untuk mencapai matlamatnya itu demi mencapai kedudukan di puncak kebenaran dan ‘ilm al-Yaqin, oleh itu beliau secara ekstrem menolak amalan taklid. Menurut Azizah Zakaria (2004) lagi, kepakaran al-Ghazali dalam bidang falsafah telah memaksa beliau untuk mengkritik dan membongkar kelemahan dan kerosakan pemikiran ahli-ahli falsafah serta teori-teori mereka yang bertentanga...

TINGGALKAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

Imej
Sabda Rasulullah ﷺ : عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله ﷺ : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ Maksunya : Daripada Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه beliau berkata, sabda Rasulullah ﷺ , antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya). (Riwayat al-Tirmidzi no. 2318, hadith Hasan) Amat malang umat Islam pada hari ini apabila mereka mengabaikan perkara ini iaitu meninggalkan perkara yang tidak mendatang sebarang manfaat atau faedah terhadap imannya. Al-Syahid Syeikh Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti رحمه الله pernah menceritakan beberapa kisah yang berlaku kepada dirinya untuk dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua. Kisah Pertama Seorang lelaki pernah datang kepadanya lalu berkata: “Aku ingin bertanya empat soalan!” Beliau menjawab, “Silakan.” Lalu dia bertanya, “Soalan pertama, siapakah orang pertama yang melakukan tawaf meng...

Sikap terhadap pemerintah yang zalim

Imej
Satu persoalan yang boleh ditimbulkan ialah sejauh manakah diwajibkan taat kepada pemerintah yang tidak mencukupi syarat untuk diaqadkan imamah. Begitu juga pemerintah yang mengalami kecacatan yang menghalangnya dari meneruskan aqad. Dalam hal ini terdapat beberapa aliran fiqh sebagaimana berikut: I-              Pandangan Pertama Hendaklah sabar dan taat ketika imam zalim. Alasannya ialah jika imam itu tidak ditaati akan berlak fitnah dan pertumpahan darah. Jadi hendaklah ditanggung mudarat yang lebih kecil iaitu kezaliman imam daripada menanggung mudarat yang lebih besar iaitu fitnah. Pendukung aliran berhujah dengan hadith Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Saidatina Ummu Salamah r.ha. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: سَتَكُوْنُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُوْنَ وَتُنْكِرُوْنَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ, قَالُوا: أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ, قَالَ: لَا مَا صَلَّوا Maksudnya : Akan ada...

Duduk dalam majlis zikir

Imej
"Jika kamu menghadiri majlis zikir, lalu kembali melakukan pelanggaran  atau kelalaian dan dosa, jangan kemudian  kamu berkata, "Apa gunanya hadir?"  Namun, tetaplah hadir!  Selama empat puluh tahun kamu  mengidap penyakit (dosa) lalu kamu  berfikir penyakitmu itu akan hilang dalam sekejap atau satu hari saja?  Orang yang melakukan maksiat lalu  dia tenggelam dalam sesuatu yang haram, nescaya dia tidak akan dapat membersihkannya sekalipun menyelam tujuh lautan jika belum bertaubat kepada Allah." Ibnu Athaillah al-Sakandari صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

Black Zetsu : Umpama iblis yang menyesatkan

Imej
Black Zetsu sepertimana kita tahu merupakan watak villain dalam 'Naruto Shippuden' yang memainkan sebagai watak utama dalam pencetusan Perang Ninja ke-4. Masa yang diambil oleh Black Zetsu untuk mencetuskan perang ini mengambil masa ratusan tahun lamanya. Rancangan ini bermula apabila Kaguya yang merupakan perintis kepada dunia Shinobi dikalahkan oleh dua anak mereka sendiri iatu Hagoromo yang dikenali sebagai 'God of Shinobi' dan adiknya, Homura. Selepas Kaguya ditewaskan oleh anaknya disebabkan sikapnya yang memanipulasi manusia, Kaguya sempat melahirkan anaknya yang dikenali sebagai 'Black Zetsu' tanpa disedari oleh Hagoromo dan Homura. Kelahiran Black Zetsu ini adalah untuk memastikan Kaguya boleh dihidupkan kembali. Rancangan Black Zetsu untuk menghidupkan kembali ibunya bermula dengan menghasut anak sulung Hagoromo iatu Indra yang mana memiliki mata Sharingan. Black Zetsu memanipulasikan Indra supaya dialah yang berhak menjadi pewaris God of Shinobi . Na...

Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Kerajaan Melayu

Imej
  Ada dua wanita dari Kerajaan Uthmaniyyah yang dihantar ke kerajaan Melayu untuk menjalinkan hubungan diplomatik ialah Khadijah Hanum dan Ruqayyah Hanum. Khadijah Hanum berkahwin dengan Sultan Abu Bakar bin Temenggong Daeng Ibrahim dari Johor manakala Ruqayyah Hanum berkahwin dengan adiknya Sultan, Engku Abdul Majid bin Temenggong Daeng Ibrahim. Peranan Ruqayyah Hanum lebih besar, kerana beliau berkahwin 3 kali. Selepas Engku Abdul Majid beliau berkahwin dengan Menteri Besar pertama Johor iaitu Dato' Jaafar Muhammad, dan kemudian dengan seorang usahawan berjaya Syed Abdullah al-Attas. Hasil dari perkahwinan dengan Engku Abdul Majid muncul dari keturunannya, individu-individu seperti seorang ilmuan Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abd Majid (28 Januari 1922 - 15 Disember 2020) dan anaknya Tan Sri Dr Zeti Ungku Abd Aziz yang merupakan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia. Manakala hasil perkahwinan bersama Syed Abdullah al-Attas pula munculnya dari keturunannya ilmuan-ilmua...