Kehidupan Rumah Tangga
Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad.. Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kini kita masih lagi dapat menitip dan merasai nikmat Iman, Islam dan nikmat terbesar menjadi ummatnya Baginda Nabi Muhammad ShallaLlahu 'Alaihi wa Sallam. Alhamdulillah kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, dapat untukku titipkan sedikit perkongsian sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. 20 Muharam-20 Rejab 1435 Hijrah Alhamdulillah, hari ini merupakan genap 6 bulan usia rumah tangga yang dibina bersama kekasih dan peneman suka dukaku, Puan Nor Sa'adah Binti Mokter. Alhamdulillah dengan izin-Nya, kami selamat diijab qobulkan pada tanggal 20 Muharam 1435 Hijrah bersamaan 24 November 2013. Sepanjang 6 bulan mengharungi kehidupan berumah tangga ini, walaupun berjauhan dengan isteri, banyak perkara baru yang senantiasa dapat dipelajari daripada iste...