Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Biodata

Syeikh Muhammad Nazim Haqqani

Imej
Syeikh Muhammad Nazim Adil al-Qubrusi al-Haqqani atau biasa disebut Syeikh Nazim Haqqani telah meninggal dunia pada Rabu 7 Mei 2014 bersamaan 7 Rajab 1435 H di Cyprus pada usia 92 tahun. Jenazah beliau disembahyangi di Masjid Salamiya di Lefkosa dan dikebumikan di Lefke, Turkish-Cyprus. Beliau adalah syeikh Tariqat Naqsyabandiyyah ‘Aliyyah, selepas guru beliau Syeikh Abdullah Fa’iz al-Daghistani. Syeikh Nazim terkenal dengan usaha dakwahnya hingga dapat mengislamkan lebih puluhan ribu orang. Beliau dilahirkan pada 21 April 1922 di Larnaca, Cyprus. Antara karyanya:   Mercy Oceans: The Teachings of Maulana Abdullah al-Faizi ad-Daghestani . 1980. Mercy Oceans: Emeralds of Eden . 1991. The Divine Kingdom . 1993. Rubies of Resplendence . 2001. Defending Truth , about "Circle of devils around every saint". Mystical Secrets of the Last Days . Pink Pearls . Divine Lovestreams . When Will Peace Come to Earth ? Endless Horizons . Unity Oce...

Tok Guru Ayah Chik

Imej
1. Al-Fadhil YB Dato’ Seri Tuan Gu ru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947 ] di Kampung Rusila Marang, Terengganu. Anak ke 5 dari 9 orang adik-beradik. 2.  Tuan Guru menuntut  di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. 3.  Tuan Guru melanjutkan pelajaran   ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969–1973. Tamat dengan B.A (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974–1975). 4.  Tuan Guru Mula aktif  sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. 5....

Sayyidah Nafisah Radhiyallahu 'Anha

Sayyidah Nafisah Radhiyallahu 'Anha: Serikandi Ahlul Bait Rasulullah ShallaLlu 'Alaihi Wasallam Bumi Mesir diberi kelebihan oleh Allah dengan bersemadinya sekalian ramai jasad Ahlul Bait. Antara mereka ialah Sayyidah Nafisah Radhiyallahu 'Anha.  Nama Sayyidah Nafisah tidak asing lagi bagi umat Islam di Mesir ini. Masjid beliau yang terletak berhampiran Kubu Salahudin Al-Ayyubi, Kaherah menjadi saksi betapa kasihnya umat Islam kepada beliau apatah lagi tanggal 9 Jamadilakhir setiap tahun, sekalian umat Islam akan berkumpul di perkarangan masjid beliau bagi merayakan maulid beliau. Berdekatan masjid beliau, juga terdapat beberapa maqam Ahlul Bait Nabi dan ulamak yang lain antaranya Sayyidah Sukainah binti Saidina Husein, Sayyidah Ruqayah binti Saidina Ali, bapa saudaranya Sayyid Muhammad Al-Anwar dan pengarang kitab "Tafsir Mimpi" Imam Ibnu Sirin. Keturunan Mulia Sayyidah Nafisah memang terkenal sebagai seorang serikandi yang berani bahkan ter...