Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tafsir

Allah Ta'ala Maha Berkuasa Manusia Bertukar Menjadi Kera Dan Babi

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah segala puji bagi Allah Ta’ala kerana dengan hidayah, taufiq dan izin-Nya dapat untuk saya berkongsi sedikit apa yang diperolehi daripada pengajian yang diikuti. Sedikit perkongsian daripada pengajianTafsir Surah Yaasin Bahasa Melayu yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi al-Azhariy al-Melayuwi Rahimahullah Ta’ala. Alhamdulillah kitab ini, saya mengaji bersama al-Ustaz Khairul Anuar bin Syafi’e asy-Syatarie al-Ahmadi al-Mujaddidiy at-Tiryaqi, Mudir al-Ma’had al-Islamiyyah asy-Syafi’e lil Dirasat al-Islamiyyah wal ‘Ulum ad-Diniyyah, Bukit Gajah Tiryaq, Jitra, Kedah.       وَلَوْنَشَاءُ لَمَسَخْنَهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَا السْتَطَعُواْ مُضِيًّا وَلَا يَرْجِعُونَ. اية 67 دان جكلو كامي كهندقكن نسجاي كامي جديكن مريكئيت كرا دان بابي دان باتو ددالم رومه مريكئيت مك تياد بركواسا مريكئيت فركي دان داتغ دان تيادا بوله كمبالى كفد كادان يغفرتام. “Dan jikalau kami kehendakkan nescaya kami jadikan mereka itu kera dan b...