Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

P125 PUTRAJAYA: UMNO Goyang

Imej
    KL:  Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah. Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu  Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS. “Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.  "Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu. Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau ...

Dr. Asri Bidas Tindakan Dr. Juanda

Imej
Secara terbuka dengan rasa tanggung jawab terbit dari hati yang suci lagi ikhlas, Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah bidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kata-kata beliau tempoh hari yang dikatakan turut berkempen untuk calon Barisan Nasional bersama-sama dengan Muhyiddin Yasssin di bandar Tun Razak tempoh hari betapa selama ini beliau mengundi BN dan akan terus melakukannya perkara yang serupa. Kata Dr MAZA undi adalah rahsia maka tidak perlu diumumkan kepada orang ramai. Sebagai pemegang jawatan tertinggi dalam Institusi Agama sesebuah negeri maka wajar dan sebaik-baiknya Dr Juanda Jaya tidak mengumukan pendirian dan sokongan politiknya. Jawatan Mufti suatu jawatan mulia yang sepatutnya berada diatas politik bukannya sama-sama bergelumang dengan rentak rencah ahli-ahli politik. Bila rakyat beragama Islam mengetahui akan pegangan politik kita secara terbuka, terimalah kenyataan pengikut yang tidak sealiran dengannya sudah pasti hilang ra...

P125 PUTRAJAYA: Tn.Guru Nik Abdul Aziz dan Tn. Guru Dr Haron Din

Imej
 

CIRI-CIRI PEMIMPIN

Imej
CIRI-CIRI PIMPINAN YANG PATUT DIPILIH MENURUT SULTAN AL-SOLEH SAYYIDUNA MUHAMMAD AL-FATEH RAHIMAHULLAH : Wasiat Sayyiduna Sultan Muhammad al-Fateh Rahimahullah kepada anaknya: “Wahai anakku, sudah hampir akan waktu untukku berpisah dengan dunia ini, namun aku tidak bimbang kerana aku meninggalkan pengganti sepertimu. Namun aku tetap ingin berpesan kepadamu: • Jadilah kamu seorang pemimpin yang: ADIL, SOLEH, PENYAYANG DAN MEMBERI PERHATIAN KEPADA SEMUA RAKYAT TANPA MEMBEZA-BEZAKAN ANTARA MEREKA • Buatlah pekerjaanmu dengan niat untuk menyebarkan agama Islam yang tercinta ini kerana ianya adalah kewajipan bagi setiap pemerintah di seluruh dunia. • Dahulukan urusan Islam berbanding perkara-perkara yang lain.Janganlah engkau lalai dan lemah di dalam berterusan mempertahankan perkara ini. Janganlah engkau mengambil pembantu di dalam urusan kepimpinanmu seseorang yang tidak mempedulikan urusan agama, yang sering melakukan dosa-dosa besar, dan suka menjebakkan di...

Hakikat Perkahwinan Semasa Belajar

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar. Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berk...