Khalid angkat sumpah Menteri Besar Selangor esok
Khalid angkat sumpah Menteri Besar Selangor esok Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah pagi esok sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang. Istiadat itu berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor. Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengekalkan jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua selepas Pakatan Rakyat menguasai 44 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor atau majoriti dua pertiga. KEADILAN menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi, manakala BN pula hanya memenangi 12 kerusi. Perkembangan ini menamatkan teka-teki dan spekulasi tentang siapa pemimpin daripada PAS, KEADILAN dan DAP, yang akan mengisi kerusi Menteri Besar selepas PRU 13, 5 Mei. Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,...