Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Piawaian Jemaah Islam Contoh

(Petikan dari buku Sheikh Mustafa Mashyur) Oleh : Us Din Tantawi Seperti kata-kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah Radhiyallahu 'Anhu 'Alaihis Salam, "Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu, nanti kamu akan kenali orangnya." Hatta, dengan jemaah juga, seseorang itu harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri jemaah tersebut sebelum menggabungkan diri ke dalamnya. Artikel ini adalah berdasarkan huraian Sheikh Mustafa Mashyur dalam bukunya, 'Contoh Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah' dan 'Dakwah Fardiah' . Perkara-perkara yang dihuraikan hendaklah diambil sebagai panduan atau rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat pilihan dan menggabungkan diri dalam sesebuah jemaah untuk menunaikan tanggungjawab dakwah yang diwajibkan keatasnya. Pilihan seseorang itu memerlukan perincian yang halus, hikmah, penjelasan yang terang dan meyakinkan dan tidak terburu-buru. Dalam medan ...

Manis Tawar Ta'aruf Suami Isteri

Imej
"Masa - detik kehidupan - adalah  titik-titik berharga untuk disantuni." Petang itu seperti biasa kehidupan harian kami, makan malam sebelum maghrib seusai pulang dari kerja. Agak penat, lelah dan letih itu sudah menjadi ramuan harian kami menempuh kerja-kerja yang ada.  Sembang-sembang santai antara suami isteri adalah saat-saat yang berharga. Senyum, ceria, heart to heart dan ada "feeling-feeling" sikit. Di situ, terbinanya rasa, cinta dan sentuhan jiwa yang kadang-kadang diterabaikan kerana kesibukan yang terus-menerus “menghimpit” masa, ruang dan perhubungan yang ada. Apabila berpeluang maka, itulah ketika yang harus dimanfaatkan. Tiba-tiba wujudnya satu rasa ingin “menguji” isteri yang tercinta. “Sudah setahun lebih kita hidup bersamakan? Tentunya banyak perkara yang kita belajar antara satu sama lain. Mungkin, sayang lebih kenal abang berbanding dahulu? Betul tak?” aku mulakan bicara. “Agak-agaklah, apakah perkara yang palin...