JIhad di Jalan Allah: Terselamat Di Soal di Kubur
Orang-Orang Yang Tidak Ditanya Di Dalam Kuburnya Abu Qasim as-Sa’di dalam kitab ar-Ruh menulis : “Dalam beberapa hadis sahih disebutkan sebahagian orang yang meninggal dunia tidak mendapat ujian kubur dan malaikat Munkar dan Nakir tidak datang kepada si mati. Hal ini dapat terjadi apabila: berhubung dengan amal perbuatan, berhubung dengan seksa yang datang ketika hendak meninggal dunia dan berhubung dengan zaman. Jihad Di Jalan Allah 1- Imam an-Nasa’i dan Imam at-Tabrani dalam al-Ausath merekodkan bahawa Ayub melaporkan Rasulullah ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa bertemu dengan musuh lalu bersabar sehingga dia terbunuh ataupun menang, maka dia tidak diseksa di dalam kuburnya nanti.” 2- Imam Muslim merekodkan bahawa Saidina Salman melaporkan yang Rasulullah ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Berperang melawan musuh kerana Allah selama satu hari dan satu malam adalah lebih baik daripada berpuasa di siang hari serta s...