Black Zetsu : Umpama iblis yang menyesatkan



Black Zetsu sepertimana kita tahu merupakan watak villain dalam 'Naruto Shippuden' yang memainkan sebagai watak utama dalam pencetusan Perang Ninja ke-4. Masa yang diambil oleh Black Zetsu untuk mencetuskan perang ini mengambil masa ratusan tahun lamanya.

Rancangan ini bermula apabila Kaguya yang merupakan perintis kepada dunia Shinobi dikalahkan oleh dua anak mereka sendiri iatu Hagoromo yang dikenali sebagai 'God of Shinobi' dan adiknya, Homura. Selepas Kaguya ditewaskan oleh anaknya disebabkan sikapnya yang memanipulasi manusia, Kaguya sempat melahirkan anaknya yang dikenali sebagai 'Black Zetsu' tanpa disedari oleh Hagoromo dan Homura. Kelahiran Black Zetsu ini adalah untuk memastikan Kaguya boleh dihidupkan kembali.

Rancangan Black Zetsu untuk menghidupkan kembali ibunya bermula dengan menghasut anak sulung Hagoromo iatu Indra yang mana memiliki mata Sharingan. Black Zetsu memanipulasikan Indra supaya dialah yang berhak menjadi pewaris God of Shinobi. Namun, ayahnya iatu Hagoromo memilih adik Indra iatu Ashura sebagai pewaris Hagoromo. Ini menyebabkan Indra tertekan dan akhirnya tecetuslah peperangan antara 2 orang adik-beradik sehingga berlarutan berpuluh tahun lamanya sehingga dikenali sebagai pergaduhan dua puak iatu puak 'Uchiha' dan puak 'Senju'.

Namun, yang diinginkan oleh Black Zetsu hanyalah mata Rinnegan dan Raksasa berekor sepuluh. Akhirnya hasrat untuk memiliki mata Rinnegan berhasil apabila Uchiha Madara berjaya membangkitkan rinnegan di akhir hayatnya. Untuk memperoleh raksasa berekor sepuluh, Black Zetsu menggunakan Uchiha Obito yang tertekan akibat kematian insan yang dicintainya iaitu Rin, yang mati terbunuh. Black Zetsu juga memanipulasikan stone tablet milik puak Uchiha yang mana tulisannya hanya boleh dibaca oleh pengguna Mangekyou Sharingan. Dalam Stone tablet tersebut menyebut bahawa untuk membangkitkan infinite Tsukuyomi iatu ' Mimpi yang abadi' yang mana boleh dibangkitkan melalui rinnegan dan raksasa berekor sepuluh. Oleh itu, wujudlah organisasi yang dikenali sebagai 'Akatsuki' yang diasaskan oleh Obito untuk memburu raksasa berekor sepuluh yang mana telah dipecahkan kepada sembilan ekor raksasa.

Akhirnya, apabila rinnegan dan raksasa ekor sepuluh diperoleh, maka tercetuslah perang ninja ke-4. Pertarungan ini pada akhirnya membolehkan Uchiha Madara yang mana telah dibangkitkan semula dengan jutsu edo tensei (reanimation jutsu) berjaya membina hasratnya iatu infinite tsukuyomi. Pada saat itu semua manusia dibuai mimpi oleh jutsu tersebut melainkan Naruto, Sasuke, Sakura, Kakashi dan Obito (insaf selepas dikalahkan oleh Naruto dan Sasuke). Akhirnya, hasrat Black Zetsu tercapai iatu apabila jutsu infinite tsukuyomi ini diaktifkan. Jutsu ini hanyalah sebagai langkah akhir untuk membangkitkan Kaguya iatu makhluk yang paling kuat di bumi pada ketika itu. Indra, Madara, Obito sebenarnya hanyalah sebagai 'Pawn' bagi Black Zetsu untuk membangkitkan kembali Kaguya.

Faedah yang boleh diambil daripada kisah tersebut iatu sikap tidak putus asa Black Zetsu untuk mencapai tugasnya dengan menghasut, memanipulasikan dan memfitnah Shinobi untuk memastikan Kaguya dihidupkan semula. Hal ini juga sama seperti iblis yang telah berjanji kepada Allah S.W.T untuk menghasut anak-anak Adam supaya mereka kelak bersama dengan iblis di neraka pada hari akhirat nanti.

Oleh itu, 'kita' sebagai umat islam haruslah senantiasa memperbanyakkan ibadah, bermuhasabah diri, cuba untuk selalu berhusnuzhon dengan khabar berita yang kurang enak khususnya di media sosial. Ingat! Rasulullah S.A.W. berpesan bahawa umat akhir zaman disajikan dengan pelbagai fitnah yang mana telah dirancang oleh iblis laknatullah dan sekutunya.

Kesimpulannya, Muhasabahlah! Muhasabahlah! Muhasablah! Agar diri kita ini thabat (tetap) dan dijauhi daripada fitnah akhir zaman. Allahu musta'an.

Ulasan