Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

69 TAHUN PAS DI PERSADA POLITIK NEGARA

Imej
69 TAHUN PAS DI PERSADA POLITIK NEGARA (23/8/1951 - 23/8/2020) Oleh : Mohamed Sukri Omar (Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor) PENUBUHAN PAS Penubuhan PAS pada 23 Ogos 1951 adalah manifestasi gerakan Ulamak ke arah menuntut kemerdekaan. Setelah Hizbul Muslimin diharamkan oleh British pada tahun yang sama ditubuhkan iaitu 1948. Para pimpinan Hizbul Muslimin yang berbaki bergerak aktif menubuhkan Parti Islam Se Malaya (PAS). Diawal penubuhan PAS, Persidangan Ulamak Ke-3 bercadang untuk menubuhkan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Namun atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol telah berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya. PAS ditubuhkan dengan kesatuan Ulamak kaum tua dan muda bagi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Persoalan khilaf diketepikan dengan meletakan titik kesatuan iaitu bekerja membebaska...

Larangan Penjualan Minuman Keras Di Kedai Runcit : Syabas Kerajaan PN

Imej
TERENGGANU : ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional khususnya buat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana akan menguatkuasakan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan kedai serbaneka serta garis panduan yang baharu untuk penjualan minuman keras di Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2021. Menurut beliau, dengan penguatkuasaan tersebut tidak bermakna masyarakat bukan Islam tidak dibenarkan meminum minuman keras tetapi saya percaya ia lebih kepada usaha Kerajaan untuk mengawal penjualan minuman keras agar ia berada di dalam lingkungan undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan. Tambah beliau, "Masyarakat bukan Islam masih lagi dibenarkan membeli minuman keras seperti biasa tetapi di premis-premis yang diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Langkah tersebut dirasakan bertepatan dengan keadaan semasa dimana Kerajaan berusaha untuk membendung penyalahgunaan penjualan minuman keras," katanya yan...

GARIS PANDUAN BARU LESEN MINUMAN KERAS : SYABAS DBKL

Imej
Syabas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di atas garis panduan baru mengenai lesen minuman keras yang mula berkuat kuasa semalam. Garis panduan ini juga menetapkan larangan kepada kedai runcit dan kedai serbaneka untuk menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober 2021 kecuali bagi tujuan perubatan. Ini adalah usaha yang sangat baik demi kesihatan dan keselamatan masyarakat. Kamaruzaman Mohamad Ketua Penerangan PAS Pusat

Umno & PAS Selangor terus perkukuh Muafakat Nasional (MN)

Imej
PAS Negeri Selangor dan Umno Negeri Selangor teguh berpegang pada arahan memperkasakan Muafakat Nasional (MN). Muafakat membawa berkat apabila pepimpin setiap parti berjiwa besar. Kerap duduk berbincang dengan matang dan penuh kasih sayang demi agama, bangsa dan negara.  Tiada yang kusut yang tidak dapat dileraikan, tiada yang keruh yang tidak dapat dijernihkan. Pokoknya bertegur-sapa, berbincang dan bermesyuarat. Kesatuan berteraskan perintah Allah Ta'ala membina  kekuatan seteguh gunung. Datanglah ribut atau badai melanda tidak terkuis atau goyang ia malah lebih ampuh dan perkasa. Semoga kemenangan yang dijanjikan dikurniakan Allah Ta'ala. (Perjumpaan mahabbah Pengerusi Umno Negeri Selangor, YB Tan Sri Noh Omar & Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, YB Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi. Diolah daripada Roslan SMS, Setiausaha PAS Negeri Selangor                                   ...