Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Wabak Akhir Zaman, Hilangnya Keyakinan Terhadap Syariat Allah

Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam mutakhir ini ialah hilangnya keyakinan terhadap hukum Allah. Adalah satu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam, tidak yakin kepada hukum Allah, kerana ia bermakna juga tidak yakin kepada Allah dan tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w sebagai pembawa dasar perundangan Ilahi. Tidak terkumpul di dalam hati orang yang beriman dengan keraguan dan syak terhadap ajaran Islam kerana kesangsian kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada hukum itu adalah perkara yang boleh merosakkan dan membatalkan iman. Firman Allah dalam ayat 65 surah an-Nisa': فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam man...

Perkahwinan HANZALAH BIN AMIR ♥ JAMILAH BINTI UBAY

Imej
HANZALAH BIN AMIR ♥ JAMILAH BINTI UBAY Perkahwinan Saidina Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah ShallaLlahu 'Alaihi wa Sallam, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad ShallaLlahu 'Alaihi wa Sallam dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah ShallaLlahu 'Alaihi wa Sallam. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan. Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan N...