Sikap terhadap pemerintah yang zalim
Satu persoalan yang boleh ditimbulkan ialah sejauh manakah diwajibkan taat kepada pemerintah yang tidak mencukupi syarat untuk diaqadkan imamah. Begitu juga pemerintah yang mengalami kecacatan yang menghalangnya dari meneruskan aqad. Dalam hal ini terdapat beberapa aliran fiqh sebagaimana berikut: I- Pandangan Pertama Hendaklah sabar dan taat ketika imam zalim. Alasannya ialah jika imam itu tidak ditaati akan berlak fitnah dan pertumpahan darah. Jadi hendaklah ditanggung mudarat yang lebih kecil iaitu kezaliman imam daripada menanggung mudarat yang lebih besar iaitu fitnah. Pendukung aliran berhujah dengan hadith Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Saidatina Ummu Salamah r.ha. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: سَتَكُوْنُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُوْنَ وَتُنْكِرُوْنَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ, قَالُوا: أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ, قَالَ: لَا مَا صَلَّوا Maksudnya : Akan ada...