HUKUM TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM MASAKINI
HUKUM
TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM MASAKINI
Disediakan oleh: Ahmad Fadhli bin Shaari,
Pensyarah KIAS
Pendahuluan
Istilah tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Istilah tahaluf siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.
Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa
mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi
masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden
ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya.
Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di
dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan
kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan? Dalam erti kata
lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan
gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk
kerajaan?
Pengertian Tahaluf Siyasi
Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana
pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya.
Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama
untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan
boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang
ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan
juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang
sama.
Hukum Tahaluf Siyasi
Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan
kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian
daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan
kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara
mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin
Abdullah. Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr
Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan, al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid, Doktor Solah al-Showi dan al-Syeikh Dr. Munir Ghadhban.
Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah
seperti berikut:
1. Firman Allah SWT
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)
Yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan
Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi
sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi
pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya
Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan
melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik)
bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami
takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan
kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka
kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam
diri mereka.
Hujah : Kerjasama gerakan Islam dengan
orang-orang kafir di atas dasar politik akan menjauhkan lagi orang-orang Islam
daripada mereka. Ini kerana, Islam mengharamkan sebarang jenis wala’ kepada
kepada ahli kitab yang mempunyai akidah yang hampir sama dengan Islam, apatah
lagi wala’ kepada orang-orang kafir yang akidah mereka langsung tidak mempunyai
persamaan dengan akidah Islam.
2. Firman Allah SWT
2. Firman Allah SWT
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Yang bermaksud :
Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia,
tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya
Hujah : Ayat di atas berkenaan dengan pengharaman
arak dan judi. Namun jika dilihat dari sudut tahaluf siyasi, kerjasama dengan
musuh mungkin mendatang manfaat dari beberapa sudut, bagaimanapun dari sudut
yang lebih jauh iaitu ke arah menegakkan hakimiah Allah SWT, ia tidak akan
dapat dicapai. Lantas, kerjasama akan menyebabkan terbantutnya usaha gerakan
Islam untuk menegakkan daulah Islamiah. Oleh yang demikian, kerjasama ini
adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat.
3. Pertimbangan logik bahawa gerakan yang tidak
berhasrat untuk menegakkan Islam ini pastinya hanyalah menjadikan gerakan Islam
sebagai jambatan untuk mereka mendapatkan kuasa. Mereka sekali-kali tidak
membiarkan gerakan Islam ini berkembang sehingga mengatasi diri mereka. Dan ini
sekali lagi akan menghalang kepada tertegaknya daulah Islamiah seperti yang
diperjuangan oleh Harakah Islamiah.
Manakala bagi
golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang
diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :
1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada
zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong
golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW.
Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud :
Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan
(diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna
mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan
silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk
dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang
baik.
Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian
ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia
dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang
berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap
dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.
2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya
Abu Talib untuk
menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara
mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat:
2.1 Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad
SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu
Talib lantas menyatakan: “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang
kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa
selama-lamanya.” Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana
pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk
membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim
untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih
kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.
2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
2.2 Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.
Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini,
dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk
mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat
perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh
sehingga menggadaikan perjuangannya.
3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib
dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW
telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama
Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda
pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih
hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”
Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun
tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi
melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi
Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW
dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal. Ini
menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat
melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan
umatnya.
4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan
kaum Yahudi ketika
ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini
merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah
keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam
di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.
Di antara isi
kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi
mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang
oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama.
Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan
kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang
menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad
Rasulullah SAW…”
Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan
melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan
tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti
kehidupan.
5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para
sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh
kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang
merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai
pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan
dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan
baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW
mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan
diberikan kepada golongan yang zalim.
6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar
berhijrah ke Habsyah semasa
ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang
merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan
untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga
kemaslahan umat Islam.
Jawapan
Terhadap Golongan Yang Mengharamkan Tahaluf Siyasi
Di dalam
memberikan jawapan kepada golongan ulama haraki yang mengharamkan tahaluf
siyasi, beberapa pandangan telah dikemukakan. Antara lain :
1. Ayat yang
digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada
tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan
kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua
munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi
Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan
bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan
dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan
musuh bagi melawan Islam.
2. Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah
mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini
kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara
seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum
muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini,
pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi
sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar
politik dan ahli-ahli strategi.
KESIMPULAN
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.
KESIMPULAN
Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.
Penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.
Maklumat
Penulis :
Ahmad Fadhli bin
Shaari
B.A (Hons)
Dakwah Islamiyyah, Univ. Al-Azhar, Mesir.
Penulis
merupakan Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah
Ulasan
Catat Ulasan