Wasiat asy-Syahid Imam Hasan al-Banna
asy-Syahid Imam Hasan al-Banna
"Wahai Ikhwan! Berimanlah dengan Allah. Kuatkanlah dengan mengenal dan
berpegang serta menyerah kepada Allah. Janganlah kamu takut selain dari
Allah. Tunaikanlah suruhanNya dan jauhilah laranganNya. Bersikaplah
dengan perangai yang baik Jadikan kamu orang-orang yang kuat dengan
akhlak yang mulia, dengan sifat yang gagah sebagai orang-orang Mukmin,
dan dari sifat mulia sebagai orang-orang yang bertaqwa dan yang Soleh.
Kamu hendaklah betul-betul mempelajari al-Quran dan betul-betul mengkaji
serta mengulangi Sirah Nabawiyyah. Kamu harus menjadi orang yang banyak
bekerja bukan orang yang banyak bercakap dan bertengkar kerana
satu-satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah mereka diilhamkan untuk
bekerja. Sebaliknya satu-satu kaum itu sesat setelah mendapat petunjuk
adalah kerana mereka banyak bertengkar dan berbalah.
Kamu hendaklah saling menyayangi sesama kamu. Berilah sepenuh tumpuan kepada perpaduan kamu kerana perpaduan adalah nadi kekuatan kamu dan tiang kepada kejayaan kamu. Tetapkanlah pendirian kamu sehingga Allah membuka yang haq di antara kamu dan kaum dan Allah adalah pembuka. Dengan dan taatilah pimpinan kamu samada senang atau susah, suka atau terpaksa, kerana ia adalah panduan kepada pemikiran kamu, dan ia juga sebagai penyambung kepada hubungan sesama kamu. Kemudian dengan sabar tunggulah pertolongan dan bantuan Allah. Peluang ini tetap akan datang, usahlah merasa ragu.
Pada hari itu bergembiralah yang beriman dengan pertolongan Allah. Allah menolong siapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah amat gagah dan amat penyayang. (al-Rum:4-5)"

Ulasan
Catat Ulasan