Bagaimana cara menegur pemerintah dalam Islam
Menegur pemerintah yang melakukan kemungkaran adalah wajib
berdasarkan hadis sahih yang banyak. Antaranya Nabi bersabda bermaksud;
"Akan ada pemerintah, kamu kenali (kemungkaran mereka) dan kamu engkari
mereka. Sesiapa yang mengenali (kemungkaran pemerintah lalu membenci dengan
hati) dia terlepas. Sesiapa yang mengengkari (dengan lidah) dia selamat tetapi
(yang tidak terlepas dan selamat ialah) yang redha dan menurut." Hadis Sahih
Muslim.
Sekiranya kemungkaran pemerintah melibatkan peribadinya yang
tidak merosakkan umat dan negara teguran perlu dibuat secara diam-diam untuk
memelihara kehormatan. Ini sesuai dengan hadis bermaksud; sesiapa yang menutup
aib seorang beriman Allah menutup aibnya di hari qiamat.
Apabila pemerintah melakukan kemungkaran terang-terangan dan
pula melibatkan maslahat negara dan ummat, teguran boleh dibuat secara
terang-terangan.
Ini telah ditunjukkan oleh banyak ulama Islam sepanjang
zaman seperti dibuat oleh Abu Muslim al-Khaulani terhadap satu kesilapan
Muawiyah sebagai Khalifah Islam dan juga oleh al-Izz bin Abd Salam yang digelar
sebagai Sultan Ulama terhadap pemerintah Dimasq di zamannya pada tahun
638.
Namun haram memberontak mengunakan senjata menentang
pemerintah yang melakukan kemungkaran sebagaimana sabit dalam banyak hadis
sahih. Ini kerana ia membawa kepada pertumpahan darah muslim. Yang wajib
dilaksanakan ialah menegur dan membangkang dengan hati dan lidah serta kuasa
yang ada.
YB Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Ulasan
Catat Ulasan