ISTI'JAL
Penyebab Isti'jal:
1. Dorongan hawa nafsu
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (yang bermaksud): "Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa." [Surah al-Anbiya' ayat 30]
2. Semangat /gelora iman
Kekuatan besar dan luarbiasa ini menyebabkan tidak boleh diurus dan diarah. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan janganlah sekali-kali orang yang tidak menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu." [Surah Ar-Rum ayat 60]
3. Tabiat Waktu
Waktu berlalu begitu cepat dan dibaringi dengan pembangunan yang pesat berkembang di seluruh dunia maka soalnya mengapa tidak mengejarnya.
4. Realiti musuh
Memandangkan keberadaan musuh Islam begitu mencengkam dunia Islam dengan cara rakus dan ganas dan sangat sukar membendungnya adalah penyebab menghilangkan kesabaran.
5. Buta terhadap stategi lawan
Musuh Islam sebenarnya ada berbagai-bagai strategi bukan satu bukan sepuluh malah ratusan sebenarnya. Oleh kerana terperasan pihak musuh berada hanya satu strategi maka ia perlu dimusnahkan segera.
6. Kemungkaran bermeharajalela, tetapi tidak tahu strategi untuk merubahnya
Ada yang memahami secara salah Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud), "Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini." [Surah Al-Baqarah ayat 251]
7. Ketidakmampuan memikul beban dan risiko perjuangan. Padahal kejantanan, kesabaran, keteguhan hati, berdaya tahan, ketekunan, kesungguhan dan keseriusan itu adalah sampai akhirat hayat. Bukan dengan memendekkan hayat mencari kematian (berani mati).
8. Meraih sejumlah prestasi tanpa memperhitungkan akibatnya. Mereka mengutamakan KPI dan peningkatan prestasi tanpa melihat dominasi musuh. Setelah keupayaan mereka itu dimusnahkan oleh musuh maka akan timbul idea baru untuk bertindak secara isti'jal.
9. Tidak adanya sistem yang mengurus potensi dan meringankan gejolak semangat. Oleh itu ahli Jamaah Islam hendaklah disibukkan dengan aktiviti Jemaah mereka dan komitmen dengan apa jua program mereka. Kecermatan begini menghasilkan manfaat yang besar. Jika sebaliknya, jamaah sejuk dan kebanyakan aktiviti ditangguh maka hilanglah upaya mengurus potensi dan semangat ahli dan yang timbul adalah isti'jal.
10. Tidak belajar pada orang-orang yang berpengalaman dan berpengetahuan. Mereka melupakan pengalaman dan pengetahuan genarasi dulu yang berada di dalam perjuangan. Jika sifat sombong dan bangga diri mendahului maka berlakulah isti'jal. Sabda Rasulullah ShallaLlahu 'Alaihi wa Sallam,
"Hendaknya yang mengimami sebuah kaum adalah orang yang paling mengerti Kitab Allah. Jika pengertian mereka tentang Kitab Allah sama, maka yang mengimami mereka adalah orang yang lebih mengerti tentang sunnah. Jika pengertian mereka tentang sunnah sama, maka yang mengimami mereka adalah adalah orang yang lebih dahulu berhijrah. Jika hijrah mereka sama, maka yang mengimami mereka adalah orang yang lebih dahulu masuk Islam. Hendaknya seseorang tidak mengimami orang lain yang ia di dalam kekuasaannya, janganlah ia duduk di rumahnya di atas kerusi kehormatannya kecuali atas izinnya." [Hadis Riwayat al-Imam Muslim]

Petikan Buku Dr. Sayyid Muhammad Nuh, 'Afatun 'ala ath-thariq

Ulasan
Catat Ulasan