CIRI-CIRI PEMIMPIN


CIRI-CIRI PIMPINAN YANG PATUT DIPILIH MENURUT SULTAN AL-SOLEH SAYYIDUNA MUHAMMAD AL-FATEH RAHIMAHULLAH :



Wasiat Sayyiduna Sultan Muhammad al-Fateh Rahimahullah kepada anaknya:

“Wahai anakku, sudah hampir akan waktu untukku berpisah dengan dunia ini, namun aku tidak bimbang kerana aku meninggalkan pengganti sepertimu. Namun aku tetap ingin berpesan kepadamu:

• Jadilah kamu seorang pemimpin yang: ADIL, SOLEH, PENYAYANG DAN MEMBERI PERHATIAN KEPADA SEMUA RAKYAT TANPA MEMBEZA-BEZAKAN ANTARA MEREKA

• Buatlah pekerjaanmu dengan niat untuk menyebarkan agama Islam yang tercinta ini kerana ianya adalah kewajipan bagi setiap pemerintah di seluruh dunia.

• Dahulukan urusan Islam berbanding perkara-perkara yang lain.Janganlah engkau lalai dan lemah di dalam berterusan mempertahankan perkara ini. Janganlah engkau mengambil pembantu di dalam urusan kepimpinanmu seseorang yang tidak mempedulikan urusan agama, yang sering melakukan dosa-dosa besar, dan suka menjebakkan diri di dalam perkara-perkara yang keji. Jauhkan juga daripada golongan yang melakukan perkara-perkara bidaah yang mungkar (yang tiada asal di dalam syariat Islam) 

• Luaskan negaramu dengan melaksanakan jihad dan jagalah harta Baitul Mal daripada dibazirkan

• Jaga-jaga kamu wahai anakku, janganlah engkau mencuri atau mengambil harta rakyatmu melainkan dengan hak yang dibenarkan, berikan makanan kepada rakyatmu yang memerlukan, dan gunakan seluruh kemurahanmu untuk membantu orang-orang yang memerlukan.

• Ingatlah bahawa para ulama itu adalah tulang belakang kepada kekuatan sesebuah negara. Muliakan mereka dan layani mereka sebaiknya. Jika kamu dengar berita bahawa ada para ulama di negara lain, maka bantu mereka dengan menyampaikan kewangan kepada mereka.

• Beringat-ingatlah anakku, jangan kamu tertipu dengan banyaknya harta dan banyaknya tenteramu. Jangan sekali-kali kamu menghalang para ulama daripada bertemu denganmu dan jangan sekali-kali kamu cenderung untuk melakukan amalan yang bercanggah dengan Islam. 

Sesungguhnya wahai anakku, Islam ini adalah Matlamat Kita, Hidayah itu adalah Manhaj Kita, dengan sebab itulah kita diberikan pertolongan.

Peganglah sekuat mungkin pesananku ini, aku masuk ke negara ini (Konstantinopel) seperti semut yang kecil (iaitu dengan perasaan penuh Tawadhuk) . Maka Allah taala memberikan aku nikmat yang sangat besar ini.

Ikutlah jalanku, contohilah aku, agungkanlah agamamu ini dan agungkan para ulamanya, Janganlah engkau bazirkan harta negara pada sesuatu yang sia-sia dan melalaikan. Ini kerana , ini adalah sebab kepada KEHANCURAN sesuatu.


P/S : Sahabat-sahabat boleh keluarkan sendiri ciri-ciri pimpinan yang patut dicari dan dipilih.. 

Semoga tidak tersalah memilih pimpinan :)


Sidi Syeikhuna Mohd Nazrul Abd Nasir Al-Azhariy

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sekularisme dan Umat Islam

TINGGALKAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

Black Zetsu : Umpama iblis yang menyesatkan