PEMUDA PAS SUBANG KOMITED BERISTIQAMAH BERSAMA PAS

MESYUARAT AGUNG DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUBANG KALI KE-19: PEMUDA PAS SUBANG KOMITED BERISTIQAMAH BERSAMA PAS

ASH’ARI BIN SALAAMAH
syababkd.16@gmail.com

SUBANG BESTARI 3/4/2016:- Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang menyatakan komited mereka untuk tetap beristiqamah bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan diterjemahkan melalui kehadiran perwakilan dan pemerhati ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang Kali Ke-19 yang berlangsung di Dewan Islah, Pejabat PAS Kawasan Subang, Subang Bestari. Dengan kehadiran mencecah 70 orang, ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang membuktikan bahawa mereka tetap istiqamah bersama PAS yang kini terus gagah melangkah melayari bahtera perjuangan.


Ucapan aluan Ustaz Hanafi Bin Zulkapli, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang dalam ucapan aluannya menyatakan berkenaan kekuatan jentera Pemuda Subang hampir 300 orang yang terdiri daripada keahlian di peringkat lajnah-lajnah, unit kerja jemaah (UKJ) dan jabatan-jabatan di bawah naungan Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang.

Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Khalil Bin Abdul Hadi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Muhammad Khalil menceritakan bagaimana pengorbanan ahli-ahli PAS di peringkat cawangan. Ada dalam kalangan mereka yang membuat tabung dan menabung 50 sen sehari untuk digunakan untuk memenangkan calon PAS yang bertanding di dalam pilihanraya. Beliau turut melahirkan rasa dukacitanya terhadap penubuhan parti baru yang mana wakil rakyat yang bertanding atas tiket PAS, telah mengkhianati baiah mereka kepada Allah sekaligus tidak menghargai pengorbanan ahli-ahli PAS di peringkat bawahan.


Ucapan perasmian oleh Ustaz Muhammad Khalil Bin Abdul Hadi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

“Ada pihak berkata PAS selalu mendabik dada mengatakan PAS mempunyai kekuatan tarbiah. Sudah menjadi tanggungjawab PAS untuk mentarbiah ahli-ahli menerusi program yang tersusun seperti usrah, tamrin, mukhayyam, rehlah, ziarah dan sebagainya. Kita ingin membawa ahli-ahli PAS untuk melalui jalan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukannya jalan orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat,” tegasnya lagi.

Ustaz Muhammad Khalil turut mengingatkan ahli-ahli perwakilan dan pemerhati mengenai rintangan, cabaran dan dugaan yang dihadapi di dalam PAS. Kita adalah mata rantai perjuangan Islam yang diwarisi daripada Nabi-nabi ‘Alaihimussolatu wassalam dan tidak dapat lepas daripada proses pentarbiahan secara langsung daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. 

Antara tetamu yang hadir ialah pemerhati daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, wakil dewan harian PAS Kawasan Subang, Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang dan Saudara Sandramohan Ramasamy, Ketua DHPP Subang. 


Setiausaha PAS Kawasan Subang dan Ketua DHPP Subang antara tetamu yang hadir 

Usai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan majlis penyampaian anugerah kepada Jabatan Amal Subang yang telah menyertai Sambutan Jubli Perak Jabatan Amal Malaysia pada awal Februari lalu, Anugerah Pemuda Istiqamah kepada pemuda yang telah mencapai usia 40 tahun dan Anugerah UKJ Terbaik. Anugerah UKJ Terbaik telah disandang oleh Unit Kerja Jemaah (UKJ) Paya Jaras. Uniknya mesyuarat agung kali ini, Ustaz Muhammad Khalil telah memperkenan untuk menyempurnakan majlis pelancaran Tabung Qardhul Hassan Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang yang dilancarkan untuk membantu ahli-ahli pemuda yang aktif menerusi Unit Kerja Jemaah (UKJ) Pemuda Subang yang mengalami masalah kewangan untuk membuat pinjaman tanpa faedah.


Pelancaran Qardhul Hassan Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Khalil Bin Abdul Hadi


Hassan Al-Banna Bin Abu Bakar, Ketua UKJ Paya Jaras menerima plak penghargaan untuk Anugerah UKJ Terbaik

Pada penghujung mesyuarat agung, para perwakilan, pemerhati dan barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang menyatakan iltizam mereka untuk tetap terus beristiqamah bersama PAS.

FOTO SEKITAR MESYUARAT AGUNG DPPK SUBANG KALI KE-19


Kaunter pendaftaran

Perbarisan Hormat oleh Jabatan Amal Subang

Nyanyian lagu Al-'Amalulillah

Pengerusi majlis perasmian, Ustaz Ikrami

Qari mengalunkan ayat suci al-Quran al-Karim

Penyampaian Anugerah Penghargaan kepada Jabatan Amal Subang 

Saudara Shahrin Jajuli, Penerima Anugerah Pemuda Istiqamah

Acik Nuar

Saudara Munawwar

Saudara Khairulzaman

Persembahan nasyid

Suasana mesyuarat agung yang berlangsung

Perwakilan sedang berbahas

Pencatat Minit

Usul Tergempar daripada EXCO

Barisan kepimpinan EXCO DPPK Subang sesi 2015-2017

Kekuatan DPPK Subang

BIODATA PENULIS

Ash'ari Bin Salaamah merupakan anak jati Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan daripada sekolah rendah sehingga menengah di sekolah harian sebelum berpeluang melanjutkan pencarian ilmunya di utara tanah air untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tamat Ijazah Sarjana Muda, beliau kembali berkhidmat di negeri kelahirannya sebagai pendidik. Turut aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Antara jawatan yang disandangnya ialah Pengerusi Syabab Kreatif Dinamik (SYABAB KD), Selangor dan menjadi AJK MPP Z0N 18 MBSA sebagai Biro Pembangunan Insan. Beliau boleh dihubungi di email syababkd.16@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sekularisme dan Umat Islam

TINGGALKAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

Duduk dalam majlis zikir