KAPSUL SYAMAIL 2.0
باب ماجاء في خاتم
النّبوّة
(Bab Yang
Menceritakan Tentang Khatam Nubuwwah)
حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ
قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ, حَدَّ ثَنَا حَاتِمُ بْنُ أِسْمَاعِيلَ, عَنِ الْجَعْدِ
بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ, قَالَ: سَمِعْتُ السَّائِبَ بْنَ يَزِيدَ, يَقُولُ: ذَهَبَتْ
بِي خَالَتِي أِلَى النَّبِيِّ صلَّى الله عليه وسلم, فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ
اللهِ, أِنَّ ابْنَ أُخْتِي وَجِعٌ فَمَسَحَ رَأْسِي وَدَعَالِي بِالْبَرَكَةِ,
وَتَوَضَّأَ, فَشَرِبْتُ مِنْ وَضُوئِهِ, وَقُمْتُ خَلْفَ ظَهْرِهِ, فَنَظَرْتُ
أِلَى الْخَاتَمِ بَيْنَ كَتِفَيْهِ, فَاِذَا هُوَ مِثْلُ زِرِّ الْحَجَلَةِ
Telah diberitahu kepada
kami Abu Raja’ Qutaibah bin Sa’id, telah diberitahu kepada kami Hatim bin
Ismail, daripada Ja’di bin Abdurrahman berkata: Aku mendengar Sa’ib bin Yazid رضي الله عنه
berkata:
“Makcikku sebelah ibu
telah membawaku kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم.
Lalu berkata: “Ya Rasulallah, anak saudaraku ini sakit.” Kemudian Baginda
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyapu kepalaku
(As-Sa’ib bin Yazid), dan mendoakan keberkatan untukku dan berwudhuk. Kemudian
aku minum bekas wudhuk Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Setelah itu
aku berdiri di belakang Baginda صلى الله عليه وسلم:
Aku memandang kepada khatam (tanda kenabian) di antara kedua-dua bahunya.
Ternyata, khatam itu sebesar telur burung Hajalah[1].”
HURAIAN
Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم
mempunyai 2 khatam iaitu cincin dan juga cop.
Di dalam bab ini, khatam
nubuwwah yang akan disampaikan ialah berkisar khatam nubuwwah di badan Nabi صلى الله عليه وسلم.
Setiap Nabi-nabi mempunyai
cincin di jari mereka dan khatam nubuwwah di tangan mereka sebagai bukti
kenabian. Tetapi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
mempunyai khatam nubuwwah yang terletak di belakang badan Nabi صلى الله عليه وسلم .
خالة merujuk kepada mak saudara sebelah ibu.
Manakala عمّة merujuk kepada mak
saudara belah ayah.
Disebutkan para ulamak,
sakit yang dialami Saidina as-Sa’ib bin Yazid رضي الله عنه di
kaki ataupun dikepalanya. Dalam hadith ini menunjukkan bahawa, Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم
menjadi tempat rujukan samada seseorang mengalami sakit secara zahir dan juga
batin.
Menjadi sunnah apabila
kita menziarahi orang sakit, kita memegang (mengusap-usap) kepalanya dan berdoa
sebagaimana diriwayatkan dalam hadith: طَهُور أِنْشَاءَ
اللّه
Daripada hadith ini juga
menunjukkan kepada kita bagaimana akhlak Baginda Nabi bersama dengan
kanak-kanak. Layanan Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم
kepada anak kecil ini begitu mesra.
Dikisahkan juga bagaimana
Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم pernah menegur
seorang budak kecil ketika sedang makan dengan memanggilnya يا غلام
(iaitu bahasa panggilan yang paling lembut sekali). Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم
menegurnya dan mengajarkan adab-adab ketika makan iaitu dimulakan dengan
membacaبسم الله الرحمن الرحيم kemudian makan menggunakan tangan kanan dan
ambillah makanan yang berdekatan terlebih dahulu.
Daripada hadith ini juga
mengajarkan kepada kita kepentingan doa orang yang soleh terhadap anak-anak.
Disebutkan para ulamak, dengan sebab doa daripada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم,
Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kepada Saidina as-Sa’ib bin Yazid رضي الله عنه
umur yang panjang sehingga usianya 94 tahun, badannya tidak pernah sakit dan
kepalanya semua beruban ketika sudah tua tetapi di rambut di hadapannya masih
lagi hitam berkat sentuhan tangan Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم .
Disebutkan para ulamak,
Saidina As-Sa’ib bin Yazid رضي الله عنه
meminum air wudhuk Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم
samada minum daripada bekas ataupun mengambil terus daripada air basuhan wudhuk
Baginda صلى الله عليه وسلم.
Kedudukan khatam nubuwwah
terletak pada belakang badan Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم,
sama paras dengan jantung, di sebelah kiri sedikit. Bentuknya sentiasa
berubah-ubah. Ada ketika ia kelihatan sebesar telur burung merpati. Apa yang
pasti, khatam nubuwwah itu merupakan daging yang sedikit timbul di belakang
badan Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم dan mempunyai
bulu-bulu yang halus menutupinya.
Disebutkan para ulamak,
semua Nabi-nabi ‘Alaihimussolatu wassalam mempunyai tanda-tanda kenabian yang
masing-masing terletak di sebelah tangan kanan sebagaimana yang disebutkan di
dalam kitab Taurat dan Injil. Tetapi berbeza dengan Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم ,
yang mana khatam nubuwwah Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم
terletak di belakang badan Baginda صلى الله عليه وسلم
yang mulia.
Wallahu’alam.
Fawaid-fawaid daripada
hadith ini diambil daripada pengajian kitab مختصر شمائل النّبي
صلى الله عليه وسلم للتّرمذي bersama al-Fadhil Guru
Mulia Ustaz Mohd Nazrul bin Abd Nasir al-Azhariy. Kitab mukhtasar ini merupakan
karya al-Imam Abdul Majid ibn Ibrahim al-Syarnubi رحمه الله (Wafat 1348 Hijrah).
Sanad kitab ini
bersambungan dari Guru Mulia yang mengambilnya daripada al-Muhaddith Syeikh
Muhammad bin Ibrahim Abdul Baeith al-Kattani حفظه الله, daripada
al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Siddiq al-Ghumari رحمه الله , daripada al-‘Allamah Syeikh Abdul Majid
al-Syarnubi رحمه الله (Pengarang kitab
Mukhtasar Syamail Nabi).
Al-Fatihah!!!
Abu Sa’id Ramadhan
Ulasan
Catat Ulasan