KAPSUL SYAMAIL 1.0


Bentuk Tubuh Rasulullah ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم لَيْسَ بِالطَّوِيْلِ الْبَائِنِ , وَلَابِالْقَصِيْرِ , وَلَابِالْاَبْيَضِ الاَمْهَقِ , وَلَا بِالاَدَ مِ ,وَلَا بِالْجَعْجدِ الْقَطَطِ , وَلَا بِالسَّبْطِ , بَعَثَهُ اللهُ تَعَالىَ رَاْسِ اَرْبَعِيْنَ سَنَةً , فَاَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِيْنَ , وَتَوَفَّاهُ اللهُ عَلَى رَاْسِ سِتِّيْنَ سَنَةً , وَلَيْسَ فِي رَاْسِهِ وَلْحِيَتِهِ عِشْرُوْنَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ.

Daripada Saidina Anas bin Malik Radhiyallahu ‘Anhu, beliau berkata:

“Tubuh Rasulullah ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam tidak terlalu tinggi, dan tidak pula terlalu rendah. Kulitnya tidak putih seperti kapur dan tidak juga hitam. Rambutnya ikal, tidak terlalu kerinting dan tidak pula lurus kaku. Baginda ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam telah diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala (menjadi Nabi) ketika berusia 40 tahun. Baginda ShallaLlahu ‘Alaihi juga selama 10 tahun. Baginda ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam wafat ketika berusia 60 tahun dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban terdapat di kepala dan janggutnya.”

HURAIAN

Tinggi Saidina Umar al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu adalah 3 meter. Saidina Abdullah Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu adalah orang yang paling kecil tetapi betisnya lebih berat pahalanya daripada Bukit Uhud.

Andai Nabi ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam berjalan atau duduk dengan Saidina Umar al-tKhattab, maka Nabi ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam akan kelihatan lebih tinggi daripadanya.

Ada orang mencintai seseorang kerana tubuh badannya yang cantik. Begitulah perumpamaan kecintaan Sahabat Baginda Nabi ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam yang jatuh cinta melihat kepada keindahan tubuh badan Nabi ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam.

Kulit Nabi tidak putih seperti kapur iaitu putih pucat. Putih kulit Nabi adalah putih kemerah-merahan. Warna kulit yang paling cantik di dunia ini adalah putih kemerah-merahan. Manakala kecantikan di akhirat kelak ialah putih kekuning-kuningan. Berkata Imam Al-Baijuri Radhiyallahu ‘Anhu: “Di akhirat tiada darah. Makanan tidak dapat memberi kesan kepada kulit kita di akhirat kelak.”

Rambut ikal mayang adalah rambut yang tercantik di dunia. Ikal mayang diantara lurus dan kerinting.

Syurga menjadi mulia kerana Nabi ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam masuk ke dalam Syurga.

Kebanyakan para Sahabat yang meriwayatkan hadis mengenai tubuh badan Nabi ShallaLlahu ‘Alaihi wa Sallam ketika masih kecil dan muda. Ghalibnya, para Sahabat yang berumur atau tua atau dewasa, mereka tidak mampu untuk melihat secara terus keindahan dan kecantikan yang ada pada wajah dan tubuh Nabi kerana terlalu cantik dan tidak dapat dilihat secara berterusan.

Umur di atas adalah digenapkan. Asalnya 13 tahun berada di Makkah digenapkan menjadi 10 tahun. Kewafatan Nabi ketika berumur 63 tahun.

Daripada hadis ini juga dapat diambil pengajaran bahawa para Sahabat begitu teliti mengenai Nabi ShallaLlahu 'Alaihi wa Sallam.

Wallahu’alam.

Dipetik daripada kitab Mukhtasar Syamail Nabi lil Tirmidzi, Al-'Allamah Syeikh Abdul Majid Al-Syarnubi Al-Azhari Rahimahullah.

Ibnu Selanjuuri,
15/6/2015
Teratak Bonda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sekularisme dan Umat Islam

TINGGALKAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

Duduk dalam majlis zikir