Sekularisme dan Umat Islam
Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas di dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, perkataan sekular itu berasal dari perkataan Latin iaitu saeculum yang bermaksud time (masa) dan location (tempat atau kedudukan) di mana masa itu berlaku iaitu bermaksud masakini, kenyataan masa sekarang di dunia ini. Jadi, faham sekular menurut al-Attas merujuk dan bermaksud ‘kedisinikinian’. Justeru, menurut Ugi Suharto (2002) perkataan yang paling tepat jika sekularisme ingin diterjemahkan dalam bahasa Arab, terjemahan harfiah yang paling tepat ialah hunalaniyyah berasaskan dua patah perkataan; huna yang bermaksud di sini dan al-An yang bermaksud kini. Hunalaniyyah adalah faham ‘kedisinikinian’ yang tergambar di dalam perkataan secularism . Dapat difahami daripada definisi yang didatangkan al-Attas bahawa fahaman sekular sudah mempunyai bibit kefahaman iaitu perubahan dan keduniaan; perubahan yang sentiasa berlaku kepada dunia dan dalam dunia. Ini membayangkan bahawa perubahan yang dimaksudkan...
Ulasan
Catat Ulasan