Ciri-Ciri Naqib Yang Berkaliber
Ciri-Ciri Naqib Yang Berkaliber
YB Ustaz Idris Haji Ahmad
13/3/14
YB Ustaz Idris Haji Ahmad
13/3/14
Kejayaan satu usrah bergantung kepada kewibawaan naqib yang memenuhi
ciri-ciri seorang naqib. Kegagalan usrah berpunca daripada naqib yang
tidak memenuhi kriteria naqib. Naqib tidak boleh ditangkap muat begitu
sahaja, walaupun dia seorang ustaz, belum tentu dia mampu meletakkan
dirinya seorang naqib yang berjaya.
Ciri-Ciri Naqib
1. Berilmu.
Naqib mesti mempunyai ilmu, jika naqib kosong kepala macam mana beliau hendak menjelaskan kepada anak buah usrahnya. Sebagaimana pepatah Arab menyebut ” Orang yang fakir macam mana beliau hendak memberi”. Mereka yang ada ilmu akan menarik minat ahli usrahnya. Jika naqib tidak memiliki ilmu dan pengetahuan yang luas bagaimana ia hendak meyakinkan orang lain untuk memahami perjuangan. Naqib mesti bersedia untuk menimba pengetahuan tanpa jemu-jemu. Tidak ada istilah pencen untuk seorang naqib mendapat ilmu. Bukan sahaja mereka menguasai ilmu agama, malahan juga ilmu dunia, isu semasa dan isu-isu orgnisasi. Usrah sentiasa segar jika naqib memiliki mutiara-mutiara yang berharga untuk dibawa balik setelah menghadiri usrah. Mahu tidak mahu, naqib mesti memaksa dirinya untuk membaca dan membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan usrah.
Naqib mesti mempunyai ilmu, jika naqib kosong kepala macam mana beliau hendak menjelaskan kepada anak buah usrahnya. Sebagaimana pepatah Arab menyebut ” Orang yang fakir macam mana beliau hendak memberi”. Mereka yang ada ilmu akan menarik minat ahli usrahnya. Jika naqib tidak memiliki ilmu dan pengetahuan yang luas bagaimana ia hendak meyakinkan orang lain untuk memahami perjuangan. Naqib mesti bersedia untuk menimba pengetahuan tanpa jemu-jemu. Tidak ada istilah pencen untuk seorang naqib mendapat ilmu. Bukan sahaja mereka menguasai ilmu agama, malahan juga ilmu dunia, isu semasa dan isu-isu orgnisasi. Usrah sentiasa segar jika naqib memiliki mutiara-mutiara yang berharga untuk dibawa balik setelah menghadiri usrah. Mahu tidak mahu, naqib mesti memaksa dirinya untuk membaca dan membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan usrah.
2. Yakin Dengan Perjuangan
Naqib mesti yakin dengan perjuangan Pas yang berteraskan Islam.
Landasan ini akan dipegang samaada sewaktu kalah atau menang. Beliau
mesti yakin inilah akidah perjuangan yang tidak pernah luntur daripada
batang tubuh perjuangan Pas. Islam membawa rahmat kepada semua. Beliau
tidak boleh menjadi orang yang musta’jilun ( gopoh) untuk cepat menang
sehingga mengenepikan soal prinsip perjuangan. Keyakinan ini yang
ditanam di dalam diri ahli usrahnya.
3.Pernah Ikut Tarbiah
Hendak menjadi naqib usrah ia perlu juga mengikuti usrah baru ia
boleh membawa usrah. Jika beliau tidak memahami usrah bagaimana beliau
hendak membawa usrah kepada ahli usrah. Usrah mempunyai seni yang
tersendiri, ia bukan ceramah umum, ia bukan kuliah maghrib. Tetapi ia
adalah majlis meyakinkan fikrah perjuangan, membina peribadi ahli Pas,
dan meniupkan semangat perjuangan. Lebih banyak muhasabah diri dan
muhasabah dalaman, kurang mengkritik orang lain. Naqib yang biasa
mengikuti program usrah sahaja yang mampu membawa usrah. Barulah akan
lahir satu natijah kemanisan berusrah di kalangan ahli usrah. Program
usrah dinanti-nanti kerana ia majlis yang menyeronokkan, bukan yang
membosankan. Kenapa majlis usrah seronok? Jawabnya kerana naqib
berpengalaman dan naqib berpengalaman di dalam usrah.
4.Suri Teladan Yang Baik
Naqib akan menjadi qudwah hasanah kepada anak buahnya. Izzahnya mesti
dijaga di pandangan mata ahli. Jangan hilang thiqah ahli kepada naqib,
apabila mereka melihat akhlak naqib tidak menepati piawai seorang yang
berakhlak mulia. Naqib mesti bercakap serupa dengan perbuatan. Istilah,
lihat apa yang saya cakap, bukan siapa yang bercakap tidak boleh
digunakan oleh seorang naqib kepada ahli usrah. Peribadi naqib, isteri
naqib, anak naqib, keluarga naqib semuanya menjadi perhatian di kalangan
ahli usrah. Kesan yang mendalam akan dirasai oleh ahli usrah apabila
memerhati peribadi naqib yang membuat apa yang dia cakap. Jika naqib
sendiri tidak berjihad, macam mana ahli usrah hendak berjihad. Jika
naqib kedekut macam mana ahli usrah hendak bersifat pemurah. Jika anak
isterinya sendiri tidak terlibat dengan Pas macam mana orang lain
bersemangat dengan Pas. Jika ahli keluarga naqib tidak menutup aurat
macam mana anak buah hendak hormat dengan naqib. Semuanya tepat sepert
kata-kata hukama’ “Lisanul Hal lebih berkesan daripada kata-kata”. Ahli
psikollogi berkata manusia lebih senang memahami bahasa mata daripada
bahasa lidah.
5. Mesti Terlibat Dengan Pas
Usrah bukan hanya memindah ilmu kepada pendengarnya, tetapi ia hendak
membina fikrah ahli dan pembinaan parti. Macam mana naqib hendak
membina parti jika beliau sendiri tidak melibatkan diri dengn Pas.
Beliau sendiri tidak memahami struktur perjalanan parti. Jika ini
berlaku untuk jangka panjang ia akan bertentangan dengan fikrah
perjuangan parti. Lama kelamaan ia akan mewujudkan jamaah dalam jamaah.
Naqib akan membawa fikrah peribadi, bukan fikrah jamaah. Segala
keputusan parti tidak selari dengan apa yang beliau sampaikan dalam
usrah. Misalnya dia tidak memahami Tahaluf Siasi yang sudah diputuskan
oleh Majlis Syura, tetapi beliau membuat pendekatan yang tersendiri,
akhirnya menimbulkan masalah kepada parti.
6. Kesungguhan
Pepatah Arab bermaksud “Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat
“. Kunci kejayaan segala amalan ialah sifat kesungguhan di kalangan
naqib. Tanpa kesungguhan, usrah tidak akan berjaya. Biasalah,
kadang-kadang kita sebagai naqib datang anak buah tidak datang. Kerana
usrah di dalam Pas perlu ada kesungguhan. Tempatnya jauh, pendalaman
terutama ahli Pas di kampung-kampung. Orang yang mempunyai kesungguhan
sahaja yang boleh melaksanakan usrah.
7. Sabar
Di dalam perjuangan perlu kesabaran, begitu juga sebagai naqib perlu
ada kesabaran. Bukan senang untuk memahamkan akidah perjuangan kepada
ahli usrah. Penekanan kepada ahli usrah mengenai akidah perjuangan perlu
kepada kesabaran. Penekanan diberi kepada ahli usrah ialah perkara
sam’iyat, dosa dan pahala bukan perkara yang dapat dilihat. Perlu ada
kesabaran untuk meyakinkan ahli usrah.

Ulasan
Catat Ulasan