Syariah Allah VS Syariah Hawa Nafsu
asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah ketika di dalam kandang pesalah.
Menerusi buku Ma'alim fit Toriq (Petunjuk Sepanjang Jalan), Sayyid Qutub ada menegaskan: "Sesungguhnya Islam tidak membenarkan sama sekali pembahagian penyelesaian dengan sistem jahiliyah (Sekularisme, Kapitalisme, Nasionalisme, Sosialisme dan lain-lain), yang ada hanyalah dengan memilih Islam atau memilih sistem jahiliyah. Tidak ada pilihan setengah daripadanya adalah Islam dan setengah yang lain adalah jahiliyah. Ada yang ada hanyalah hukum Allah Subhanahu wa Ta'ala atau hukum jahiliyah, Syariah Allah atau syariah hawa nafsu.
Tugas Islam sebenarnya adalah untuk mengenepikan sistem jahiliyah daripada memegang kepimpinan manusia atau Negara yang mengambil alih kepimpinan tersebut sesuai dengan manhajnya yang khusus. Memiliki ciri-ciri keunggulan yang berdikari serta karekter-karekter yang asli.
Apabila kita mengetahui hakikat Islam dalam gambaran seperti itu, maka dengan pengetahuan tersebut secara tabii akan menunjukkan kepada kita cara untuk mengajak manusia apabila kita menerangkan Islam kepada mereka dengan keyakinan diri, kekuatan , kelembutan dan juga belas kasihan. Kita tidak cuba membuat satu muslihat dengan menggunakan Islam, kita akan bersikap terus terang sepenuhnya dengan mereka.
Perjalanan sejarah dakwah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyaksikan pelbagai contoh kesudahannya di muka bumi ini berbeza antara satu sama dakwah dengan dakwah yang lain. Sejarah telah mencatatkan kebinasaan kaum Nuh, Lut, Hud, Syuaib dan kumpulan pemuda beriman dalam jumlah yang kecil yang terselamat.
Demikian pula sejarah mencatat kehancuran Firaun dan pasukan tenteranya pada satu pihak dan kejayaan Musa bersama kaumnya di pihak yang lain. Kemudian kedudukan mereka di atas muka bumi dikukuhkan dalam suatu jangka masa yang paling baik sepanjang perjalanan kehidupan mereka.
Sementara sejarah Islam telah mencatat kehancuran kaum Musyrikin Mekah yang mengingkari petunjuk dan keimanan kepada Nabi Muhammad ShallaLlahu 'Alaihi wa Sallam pada satu pihak dan kejayaan sempurna yang dicapai dan digapai oleh orang-orang yang beriman pada pihak yang lain.
Sesungguhnya agama Islam ini merupakan Manhaj praktikal dan pergerakan yang bersungguh-sungguh, ianya datang bagi mengatur realiti kehidupan, menghadapi realiti tersebut dengan melaksanakan apa yang menjadi ajarannya. Sesungguhnya agama Islam bukan suatu teori yang berkaitan dengan dugaan-dugaan belaka, akan tetapi ia merupakan suatu manhaj yang berkaitan dengan kenyataan.
Maka pada permulaan perjalanannya mesti terbina satu masyarakat Muslim yang meyakini akidah 'Tiada Tuhan melainkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan bahawa kekuasaan hukum hanyalah pada Allah Subhanahu wa Ta'ala." Masyarakat yang menolak kekuasaan hukum pada seseorang selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, menolak kebenaran suatu peraturan yang tidak dibina berdasarkan kaedah tersebut.
Orang-orang yang meyakini akidah ini mesti memiliki kuasa atas diri mereka sendiri serta atas masyarakatnya sehingga dapat menjamin pelaksanaan peraturan dan syariat dalam masyarakat tersebut, sehingga peraturan tersebut memiliki ciri wibawa dan syariah dijalankan dengan sungguh-sungguh."
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Ulasan
Catat Ulasan