Lorong Haji Taib
(Dr Siti
Mariah... Pelopor bantuan untuk golongan gelandangan
bersama rakannya Allahyarham
Dr Lo' Lo')
KUALA LUMPUR: Sebut sahaja Lorong Haji Taib orang akan mengaitkannya dengan
‘lorong mati’ kerana di sinilah destinasi pekerjapekerja seks murahan mencari
nafkah untuk menyara hidup.
Menyelusuri kawasan di lorong itu cukup menakutkan terutama di waktu malam.
Bermula jam 9 pagi hingga dinihari kelihatan pekerja-pekerja seks berada di
tepi jalan mencari pelanggan. Di lorong ini juga menjadi ‘syurga’ golongan
gelandangan.
Suasana kehidupan mereka suram walaupun tinggal di ibu kota yang gah dengan
bangunan mencakar langit. Jauh di sudut hati mereka, pembangunan dan kemajuan
yang menjadi kebanggaan negara itu langsung tidak dikecapi. Setiap tahun
menjelang Ramadhan.
Dewan Muslimat PAS membantu golongan ini. Tahun ini, ia akan dilakukan lagi
dengan bantuan pembaca semua. Anda boleh menyumbang untuk menjayakan program
ini dengan menyalurkannya ke akaun
“Dana Kami Prihatin” 1211 3010 0261 50 atau hubungi Dr Siti Mariah Mahmood di
nombor 019 236 1889.
Ulasan
Catat Ulasan