Dr. Asri Bidas Tindakan Dr. Juanda
Secara terbuka dengan rasa tanggung jawab terbit dari hati
yang suci lagi ikhlas, Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
telah bidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kata-kata beliau tempoh hari yang
dikatakan turut berkempen untuk calon Barisan Nasional bersama-sama dengan
Muhyiddin Yasssin di bandar Tun Razak tempoh hari betapa selama ini beliau
mengundi BN dan akan terus melakukannya perkara yang serupa.
Kata Dr MAZA undi adalah rahsia maka tidak perlu diumumkan
kepada orang ramai. Sebagai pemegang jawatan tertinggi dalam Institusi Agama
sesebuah negeri maka wajar dan sebaik-baiknya Dr Juanda Jaya tidak mengumukan
pendirian dan sokongan politiknya.
Jawatan Mufti suatu jawatan mulia yang
sepatutnya berada diatas politik bukannya sama-sama bergelumang dengan rentak
rencah ahli-ahli politik.
Bila rakyat beragama Islam mengetahui akan pegangan politik
kita secara terbuka, terimalah kenyataan pengikut yang tidak sealiran dengannya
sudah pasti hilang rasa hormatnya dan akan pandang serong dan sinis.
Jangan gunakan kapisiti sebagai Mufti untuk kepentingan
diri.. Jadi tidak menjadi kehairanan jika apa jua gelagat dan tingkah laku yang
dilakukan oleh pemerintah BN, tidak berani ditegur kerana sokongan yang kita
beri secara terbuka. ~bloglist
Ulasan
Catat Ulasan