Pesanan Kepada Presiden Mesir
Renunglah kata-kata guru kami, Al-Muhaddis Maulana Syeikh Dr Usamah al-Sayyed Al-Azhari pada Forum al-Qawl al-Sadid fi Nushi al-Ra'is al-Jadid (Pesanan yang
benar dalam menasihati Presiden yang baru), beliau menyampaikan beberapa
perutusan penting antaranya:

Menghimpunkan (semula) penyatuan dan perdamaian dalam
negara.
2. Kewajipan Presiden untuk meletakkan tangannya (kekuasaannya) pada kunci-kunci
keperibadian seorang insan yang merupakan rakyat mesir.
3. Kewajipan Presiden agar tidak membenarkan kepada sesiapa di sekelilingnya
untuk bercakap bagi pihaknya.
4. Janganlah berjanji dengan sesuatu yang kamu tidak mampu tunaikannya dan
berjanjilah dengan sesuatu yang mampu kamu laksanakannya.
5. Berterus teranglah dengan rakyat kamu dan penuhkanlah hati kamu dengan
kecintaan kepada mereka.
6. Ambil berat terhadap tokoh-tokoh ilmuan Mesir yang telah berhijrah (keluar
Mesir) kerana mereka telah hilang persekitaran dan suasana kelimuan (sebenar di
Mesir.)
7. Ambil perhatian terhadap pendidikan, kemudian pendidikan, kemudian
pendidikan, kemudian pendidikan, kemudian pendidikan, kemudian pendidikan, kemudian
pendidikan. Hal ini kerana tiada harapan bagi sebuah negara untuk membangun dan
mencapai ketamadunan melainkan dengan pendidikan.
8. Lipatkanlah lembaran-lembaran lampau dan perselisihan politik tanpa
berlakunya percanggahan dalam hukuman.
9. Apabila pihak pembangkang mempunyai satu juzuk kebenaran, maka hendaklah
kamu menerimanya dan bersegera untuk melaksanakannya, dan janganlah kamu
membalas pandangan mereka dengan layanan buruk yang menjadikannya penghalang
untuk kamu mendengar nasihat mereka.
-Tamat-
Sumber: Maktab
Risalah al-Azhar
Renunglah dengan hati yang terbuka, pasti mendapat banyak mutiara hikmah dalam
ucapan ini. Mohon teguran sekiranya terdapat kesalahan dalam terjemahan ini.
Bait al-Nur,
Gombak.
Ulasan
Catat Ulasan