Ahli Parlimen Jerantut Isytihar Keluar Umno
Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas
timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri
kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan
dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.
Dalam satu laporan yang dipetik melalui
akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak
akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan
lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun
Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang
ini.
Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang
awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas
hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal
memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.
Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik
Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang
menghantar foto keratan akhbar itu semalam.

Siapa yang akan menggantikannya sebagai calon parlimen
mewakili BN dalam pilihanraya umum akan datang telah pun dikenal pasti,
sehingga tujuh nama disenaraikan antara pemimpin Umno bahagian tersebut.
Namun, nama ADUN Pulau Tawar, Ahmad Shukri Ismail (gambar
bawah) disebut-sebut bakal diketengahkan menggantikan Tengku Azlan sebagai
calon BN dalam pilihanraya umum akan datang tetapi beberapa skandal tempatan
yang terpalit ke atas dirinya seperti isu penjualan tanah rizab Melayu di
bandar Jerantut kepada takue Cina turut menenggelamkan namanya.
Dia juga dikatakan hampir pasti tidak akan dicalonkan semula
mempertahankan kerusi DUN Pulau Tawar dan kunun merasakan dia bakal dipilih
menjadi calon parlimen menggantikan Tengku Azlan.
Selain Ahmad Shukri, seorang lagi pemimpin Umno yang juga
ADUN Tahan, Wan Amizan Wan Abdul Rahman yang juga disebut-sebut menggantikan
Tengku Azlan nampaknya bakal berputih mata apabila juga terperangkap dalam
skandal peribadi dan dipercayai mengancam akan keluar Umno dan menyertai KEADILAN
sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusinya.

Tengku Azlan menewaskan Hamzah Jaafar dari PAS dengan majoriti tipis 1,946 undi
dalam pilihanraya umum lalu setelah memperolehi 19,543 undi berbanding Hamzah
yang memperolehi 17,597 undi.
Pada pilihanraya umum 2004, Tengku Azlan menang besar dengan majoriti 8,457
undi menewaskan calon yang sama yang ketika itu cuma memperolehi 12,892 undi.
Sehari sebelum hari penamaan calon pada 8 Mac 2008 lalu,
satu kejadian tanah mendap berlaku dan Tengku Azlan telah mengumumkan
tidak mahu bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut dalam pilihanraya itu
dalam satu majlis rasmi parlimen di DUN Damak berhampiran dengan tempat
kejadian.
Bagaimanapun setelah didesak Abdullah Badawi, akhirnya
Tengku Azlan bersetuju juga menjadi calon dan menang dengan majoriti tipis.
Namun kali ini Tengku Azlan menolak bulat-bulat walaupun
diminta Najib Altantuya dan apabila keinginannya ditolak, maka beliau
mengisytiharkan keluar Umno semalam.
Dalam satu temubual bersama akhbar tabloid berbahasa
Inggeris, The Malay Mail pada Mac lalu, Tengku Azlan sebenarnya bimbang beliau
akan kalah sekiranya dicalonkan semula bertanding kerana tidak berpuas hati
dengan Najib Altantuya yang mengabaikan kawasan parlimennya sejak mengambil
alih jawatan dari Abdullah Badawi pada April 2009. ~jalanpulang

Ulasan
Catat Ulasan