Allah Ta'ala Maha Berkuasa Manusia Bertukar Menjadi Kera Dan Babi
بسم الله الرحمن
الرحيم
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Ta’ala kerana dengan
hidayah, taufiq dan izin-Nya dapat untuk saya berkongsi sedikit apa yang
diperolehi daripada pengajian yang diikuti. Sedikit perkongsian daripada
pengajianTafsir Surah Yaasin Bahasa Melayu yang dikarang oleh Syeikh Muhammad
Idris al-Marbawi al-Azhariy al-Melayuwi Rahimahullah Ta’ala. Alhamdulillah
kitab ini, saya mengaji bersama al-Ustaz Khairul Anuar bin Syafi’e asy-Syatarie
al-Ahmadi al-Mujaddidiy at-Tiryaqi, Mudir al-Ma’had al-Islamiyyah asy-Syafi’e
lil Dirasat al-Islamiyyah wal ‘Ulum ad-Diniyyah, Bukit Gajah Tiryaq, Jitra,
Kedah.
وَلَوْنَشَاءُ لَمَسَخْنَهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَا السْتَطَعُواْ مُضِيًّا وَلَا يَرْجِعُونَ. اية 67
دان جكلو كامي كهندقكن نسجاي كامي جديكن مريكئيت كرا دان بابي دان باتو ددالم
رومه مريكئيت مك تياد بركواسا مريكئيت فركي دان داتغ دان تيادا بوله كمبالى كفد
كادان يغفرتام.
“Dan jikalau kami kehendakkan nescaya kami
jadikan mereka itu kera dan babi dan batu di dalam rumah mereka itu maka tiada
berkuasa mereka itu pergi dan datang dan tiada
boleh kembali kepada keadaan
yang pertama.”
مقصود اية اين جكلو كامي كهندقكن مريكئيت جادي سفرة مريكئيت يغتله كامي جديكن
دهولو درفد مريكئيت نسجاي كامي جديكن تتافي تيادا كامي جديكن مريكئيت سفرة يغدمكين
مك كارن اف تياد شكر اكن الله اتس اين نعمة.
Maksud ayat ini jikalau kami kehendakkan
mereka itu jadi seperti mereka itu yang telah
kami jadikan dahulu daripada
mereka itu nescaya kami jadikan tetapi tiada kami jadikan mereka itu seperti
yang demikian maka kerana apa tiada syukur akan Allah atas ini nikmat.
Pengajaran
Dalam ayat ini, mereka yang telah diubah oleh Allah Ta’ala menjadi binatang, mereka tidak boleh bergerak bahkan mereka tidak dapat untuk kembali semula menjadi seperti rupa yang asal.
المَسَخْ bermaksud التَّغْيِرْ (berubah) dan juga التَّحْوِيْل (berpaling). Hal ini termasuk dalam perkara harus iaitu ta’luq kudrat dan iradat Allah Ta’ala. Allah Ta’ala Maha Berkuasa untuk mengubah manusia menjadi binatang.
Hal ini thabit dalam Al-Quran dan Hadis. Perkara ini berlaku terhadap kaum Bani Israel yang mendustakan ajaran Nabi Musa ‘Alaihis Salam, akhirnya Allah Ta’ala telah menukar mereka menjadi kera yang sangat hodoh wajahnya.
Allah Ta’ala Maha Berkuasa untuk menjadikan ahli maksiat dan juga orang kafir yang derhaka menjadi binatang sebagaimana berlaku kepada Bani Israel tetapi Allah Ta’ala tidak melakukannya kerana Allah Ta’ala ingin menunjukkan keluasan rahmat Allah Ta’ala kepada makhluk ciptaannya. Allah Ta’ala juga tidak melakukannya sebagai tanda اِمْجَلْ iaitu memberi tempoh ataupun penangguhan. Boleh jadi dengan sebab penangguhan ini, ada yang telah bertaubat bahkan telah menerima hidayah Allah Ta’ala.
Manusia sepatutnya bersyukur kerana tatkala mereka melakukan maksiat tetapi Allah Ta’ala tidak menjadikan mereka sebagaimana berlaku kepada Bani Israel yang berubah menjadi kera dan babi.
Satu ketika dahulu pernah heboh dengan peristiwa Ustaz Kamal Ashaari (mantan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) mengimamkan solat jenazah yang kepalanya bertukar menjadi kepala babi. Hal ini adalah tidak mustahil berlaku kerana Allah Ta’ala Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja sebagaimana yang telah berlaku kepada Bani Israel. Hal ini berdalilkan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Melihat kepada Hadis Nabi, dalam ilmu Fiqh ada perbahasan mengenai makmum mendahulu perbuatan imam 2 kali berturut-turut. Barangkali Allah Ta’ala akan memalingkan wajahnya dengan wajah keldai. Dalam kitab Al-Yaqut An-Nafis diceritakan bagaimana pernah berlaku di Yaman, seorang lelaki tetapi memakai tudung dan berniqab sepertimana seorang wanita. Dia solat di saff lelaki sebagaimana kaum lelaki. Dipendekkan cerita, setelah disoal siasat orang ramai, rupanya wajahnya asalnya manusia tetapi telah bertukar menjadi wajah keldai. Hal ini terjadi kerana ketika dalam solat, dia suka mendahului imam.
Rahmat dan Nikmat mempunyai perbezaan sebagaimana disebutkan oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Mandiliy Al-Indonisiy, Rahmat itu umum yang diberikan kepada orang beriman dan juga orang tidak beriman. Nikmat itu khusus yang diberikan kepada orang beriman yang mana kesudahannya merupakan kepujian iaitu diganjarkan dengan Syurga.
Manakala Istidraj itu ialah pemberian Allah Ta’ala kepada hambanya tetapi dengan kemurkaan-Nya.
Wallahu’alam.
al-Faqir Ilallah Ashaari Ibnu Salaamah as-Selanjuuri,
Khadimul 'Ilm fil Berlis,
18 Oktober 2014 bersamaan 23 Zulhijjah 1435 Hijrah.

Ulasan
Catat Ulasan