ISMA Hanya Mengulangi Sejarah PAS 60 Tahun Lalu
Tok Kenali, antara tokoh yang mempunyai sambungan rantai
dengan perjuangan PAS
Parameswara telah diislamkan oleh Syarif Mekah pada 1414 M
menjadi titik permulaan kepada kehadiran penjajah dengan lebih terancang,
walaupun sebelumnya masyarakat Melayu sering diasak oleh Siam, dan pernah
dijajah oleh India.
Akhirnya pada 1511, jatuhnya Empayar Melaka akibat serangan
portugis terhadap pusat pemerintahan Islam ketika itu. Lalu pada 1523 pusat
pemerintahan Islam berpindah ke Acheh. Acheh juga diasak bertalu-talu oleh Siam
dan Belanda sehingga jatuh.
Pada era 1600-an, pusat pemerintahan Islam di Asia Tenggara
berpindah pula ke Pattani. Juga tidak terlepas daripada serangan yang bermula
pada 1641 sehingga 1832, hampir 200 tahun umat Islam berjuang mempertahankan
Pattani tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Mereka tidak berkata, aku Acheh, kamu Jawa, kamu Pattani,
akan tetapi mereka berjuang bersama-sama mempertahankan pusat pemerintahan
Islam mereka. Antara perang yang terakhir sebelum kejatuhan Pattani ialah
Perang Jawa yang dipimpin oleh Imam Diponegoro pada 1825.
Hasil daripada ijtihad baru seorang ulama Pattani di Mekah,
telah melahirkan Tok Kenali. Beliau bernama Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al
Fathani yang menjadi pengasas kepada Jamiyyah Fathaniah pada 1873.
Lalu, Tok Kenali mengaplikasikan perjuangan Tok Gurunya di
Tanah Melayu bagi menghalau penjajah dengan menubuhkan MAIK pada 1915, yang
menghimpunkan suara ulama bagi menentang penjajah.
Pada 1925 beliau bersama 2 sahabatnya telah menubuhkan pula
Jamiyyah Asriyyah (iaitu sebuah persatuan) dengan tujuan yang sama, iaitu
menghalau penjajah. 2 sahabatnya itu ialah Ustaz Tahir Ahmad dan Ustaz Mokhtar
Ahmad.
Pada era 1940 an, iaitu setelah kehilangan Tok Kenali pada
1933, muncul 2 tokoh baru, iaitu Ustaz Abu Bakar Baqir dan Dr Burhanuddin
Helmi. Pada 1947, telah diadakan satu perhimpunan ulama di Gunung Semanggol dan
menghasilkan penubuhan MATA yang dipimpin oleh Ustaz Mokhtar Ahmad.
Pada 1948, perjuangan menentang penjajah mengorak langkah
dengan mengadakan perhimpunan ulama kali kedua dengan menubuhkan Hizbul
Muslimin. Namun, akibat bimbangkan kebangkitan rakyat menentang penjajah,
British telah mengharamkan HM sehingga para pejuang mereka ditangkap dan
dipenjarakan.
Lalu pada 1951, tokoh tokoh ulama yang berjuang dalam MATA
dan HM kembali mengatur strategi baru yang lebih selamat, iaitu dengan
menubuhkan Persatuan Ulama Semalaysia (PAS).
Setelah beberapa tahun perjuangan ulama ini, para ulama
membincangkan pada 1950 an berkaitan pilihanraya. Iaitu saluran yang disediakan
mengikut undang undang bagi meletakkan kekuasaan Islam.
Setelah berbincang lumat dalam hal ini, akhirnya PAS
berdaftar sebagai sebuah parti yang sah dan layak melibatkan diri dalam
pilihanraya. Usaha ini bagi memastikan syariat Islam tertegak. Walaupun
penjajah sudah pergi, namun ideologi penjajah masih berakar umbi.
Sejarah yang saya tulis ketika menanti waktu Subuh ini
akhirnya dipandang serong oleh sebahagian golongan. Mereka mengatakan PAS gila
kuasa, dan ada pula yang mengatakan PAS bermatlamatkan politik kerana terlibat
dalam pilihanraya.
Apabila terbaca berita dalam Sinar Harian (pautan di bawah),
ISMA hanya mengulangi sejarah PAS pada 1950-an. PAS sudah lama membincangkan
keperluan terlibat dalam pilihanraya, iaitu keperluan memartabatkan Islam
mengikut undang undang yang sedia ada.
Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil
BA, Hons, Fakulti Usuluddin,
Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Ulasan
Catat Ulasan